Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 9, 2016

Konvensyen PH: Sape yang gatal jemput PAS ni? Dan MSO sarankan jangan bincang siapa bakal PM

Pas tak akan hadir Konvensyen Pakatan Harapan
09 November 2016 | MALAYSIA DATELINE

PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sin Chew Jit Poh, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Oleh itu tegasnya, tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.

Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan.

Beberapa pemimpin Bersatu turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.

Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput Pas dan Bersatu.

Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, Pas memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.

"Pas tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, Pas perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Tuan Ibrahim.

Jangan bincang siapa bakal PM dalam Konvensyen Pakatan Harapan
09 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Sayuti Omar

Konvensyen Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada 12 November ini harus mengenepikan persoalan siapa bakal perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO, Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP  serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  harus bersetuju menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seperti dipersetujui sewaktu penubuhan Pakatan harapan tahun lalu.

"Jangan ada mana-mana parti cuba meletak atau menamakan sesiapa dari kalangan mereka sebagai bakal PM, kerana tindakan itu sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan sesama sendiri dan akhirnya isu siapa PM itu akan dijadikan isu oleh Umno BN. Berbalahlah dan carilah siapa untuk jadi PM selepas menang, bukan sebelum pertarungan," tulisnya dalam blognya Merah Tinta MSO hari ini.

Pemerhati politik itu juga menegaskan, konvensyen itu juga harus membuat persetujuan untuk menggunakan satu lambang sahaja dalam PRU akan datang bagi menghadapi BN secara satu lawan satu.

"Jika timbul masalah untuk mendapat kelulusan ROS, parti-parti pembangkang perlu bersetuju menerima pakai salah satu lambang dari parti gabungan itu sebagai lambang bersama," katanya.

Selain itu beliau mencadangkan konvensyen agar mengambil persetujuan untuk merangka satu manifesto bersama antara parti-parti pembangkang, tidak ada manifesto lampiran atau khusus untuk mana-mana puak atau golongan.

Beliau juga mengingatkan keempat-empat parti agar mencari formula pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangkang dan mengelakkan perebutan calon agar tidak bertembung sesama sendiri.

"Mengenai kerusi ini ia perlu dimuktamadkan awal. Selepas dimuktamadkan semua pihak kena akur dan bekerjasama dan menganggap yang bertandingkan itu adalah parti mereka," katanya lagi.

Beliau juga berkata, konvensyen harus dengan jelas menyatakan sikap menolak terhadap Pas agar ia tidak menjadi persoalan menyerabutkan dalam kalangan ahli parti pembangkang.

"Cara itu juga ia akan menutupkan percakapan dan dolak dalih Pas yang berbagai-bagainya itu," ujarnya.

Konvensyen Pakatan Harapan buat pertama kali ini akan diadakan di Shah Alam pada Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa