Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 4, 2016

Bahana buka mulut......

Husni Hanadzlah boleh disiasat bawah Akta Hasutan - Polis 
Hafiz MarzukhiAstro Awani |  November 04, 2016 12:37 MYT
Husni Hanadzlah boleh disiasat bawah Akta Hasutan - Polis
Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke tempat yang salah. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak polis mempunyai cukup alasan untuk menyiasat bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana menghasut berdasarkan kenyataan yang dibuat beliau ketika di Parlimen mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain daripada melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972, kenyataan Ahmad Husni juga boleh diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan kerana proses siasatan keatasnya masih belum selesai.

"Tindakan bekas menteri ini dengan 'mendedahkan' atau membuat cerita berkenaan salah laku Perdana Menteri adalah untuk menghasut orang bahawa Perdana Menteri telah melakukan kesalahan, walhal siasatan belum selesai," kata Khalid.

Tambahnya, begitu juga keadaannya dengan dua bekas menteri yang lain iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Jadi pihak polis mempunyai cukup sebab untuk menyiasat mereka," kata beliau.

Pada Okt 31, Ahmad Husni telah dipanggil untuk memberi keterangan namun sesi tersebut ditunda ke tarikh yang belum ditentukan lagi.

Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke tempat yang salah.

BACA: Belum ada keperluan UMNO ambil tindakan terhadap Husni - Annuar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa