Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Friday, November 4, 2016

Calon Presiden AS: Trump - Hillary Clinton sebenarnya sama teruk!

Apa jadi jika Trump jadi Presiden Amerika Syarikat?
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 31 OKTOBER 2016
Donald Trump

CALON Presiden Republikan, Donald Trump terang-terangkan menunjukkan kebencian beliau terhadap Islam dan juga masyarakat minoriti di Amerika Syarikat (AS) hinggakan membuat petisyen untuk mengharamkan kemasukan warga Islam ke negara itu jika dia menjadi presiden kelak.

Menurut penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar, perkara ini merupakan retorik biasa dan sering terjadi oleh calon-calon presiden sewaktu sedang berkempen.

"Trump dengan jelas mensasarkan Islam dan juga penduduk minoriti di sana namun semua ini hanyalah perkara yang biasa berlaku semasa berkempen.

“Oleh itu, saya tidak merasakan bahawa impian Trump untuk menghalang orang Islam masuk ke AS tidak akan berhasil,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Trump prejudis

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa sedih dengan sikap Trump yang begitu prejudis terhadap orang Islam.

“Sasaran Trump tentunya adalah orang Islam dan juga masyarakat minoriti di sana dan juga beliau terang-terangan mempunyai perasaan negatif kepada kaum-kaum tertentu.

“Tindakannya mengambil pendekatan sebegini adalah kerana terdapat juga kaum majoriti yang turut bersikap prejudis kepada kaum minoriti. Jika tidak, tiada orang akan respon dengan cadangannya itu,” katanya lagi.

Islamphobia akan lebih ketara

Tambahnya lagi,Trump akan menjadikan Islamphobia menjadi lebih teruk di sana.

“Dengan sikapnya terhadap Islam dan juga negara-negara Islam, tidak mustahil beliau akan menjadikan Islamphobia di AS menjadi lebih teruk.

“Akan tetapi, seperti yang saya katakan tadi, Trump tidak akan mengusir orang Islam atau melarang mereka masuk ke AS,  Cuma dia menggunakan sentimen anti-Islam untuk peralatkan rakyat,” katanya.

Clinton bukan pilihan baik

Namun begitu, beliau juga melihat bahawa Clinton bukanlah calon yang baik untuk jawatan Presiden AS.

“Jika dilihat daripada rekod sebelumnya, Clinton sangat terkenal dengan keghairahan beliau untuk memerangi mereka yang tidak bersekutu dengan mereka.

“Dia lebih ghairah untuk membuktikan kekuasaan AS kepada dunia dan sanggup menggunakan kuasa untuk menggulingkan pemimpin.

“Saya percaya jika Clinton menjadi Presiden, perang dunia ketiga bakal terjadi,” tambahnya lagi.

Radikalisme semakin subur di negara Islam

Bagi penganalisis politik, Dr Maszlee Malik pula, beliau percaya bahawa radikalisme akan semakin subur di negara-negara Islam jika Trump menjadi Presiden.

“Hal ini kerana sikap Trump sendiri yang menjustifikasikan pemikiran radikal dan ekstrem di kalangan umat Islam.

“Bagaimanapun, saya merasakan bahawa orang Islam di AS tidak akan diganggu kerana mereka dilindungi oleh undang-undang di sana,” katanya lagi.

* Banyak aku tengok video kempen mereka berdua........Trump nampak bodoh dan bersikap melampau 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa