Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 10, 2016

Cacamarba sungguh puak-puak ni: Siapa yang bohong ni?

PAS akui tidak sertai konvensyen kerana DAP

  | November 10, 2016
Ketua penerangan PAS menegaskan parti Islam itu bukan sebahagian daripada pakatan dan tiada keperluan menyertainya walaupun dijemput.
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam pada Sabtu ini walaupun dijemput, kata Nasrudin Hassan Tantawi.
Ketua penerangan PAS itu berkata, keputusan demikian dibuat memandangkan parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP yang merupakan sebahagian daripada gabungan PH.
“Ya, kerana DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya sama ada benar DAP menjadi punca PAS tidak menyertai konvensyen itu.
Katanya, PAS bukan sebahagian daripada gabungan PH dan ia tidak patut menyertainya.
“Kita tidak terlibat dengan konvensyen PH. Menghantar jemputan adalah hak mereka tetapi bagi pihak parti, kita tidak akan menyertainya kerana kita bukan sebahagian daripada mereka.
“PAS bukan bekerjasama dengan PH dan ini bukan konvensyen PKR untuk kita sertai,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menerima surat jemputan semalam dan tidak akan menghantar wakil memandangkan kesemua pimpinan tertinggi mempunyai program lain.
Konvensyen pertama PH pada Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan PKR, DAP dan Amanah dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Nasaruddin turut menafikan sebarang perancangan pertemuan PAS dengan pimpinan PPBM.

*Tak kawan DAP tapi dalam Kerajaan Selangor bagaimana?
Setiausaha kata gitu........Ketua Penerangan kata gini
Kalau ya pun nak bohong janganlah katara dan nampak bodoh sangat!

Kaitan: Semua pemimpin tinggi PAS sibuk, tidak hadir konvensyen Pakatan


PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau menerima jemputan daripada PH itu semalam.

Katanya, kesemua pimpinan tertinggi parti itu mempunyai program lain.
“Saya dah semak kebanyakan kita ada program. Memang saat-saat akhir tak sempat nak pergi.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa