Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 12, 2016

Demo 'Tolak Pas' di Konvensyen Pakatan

'Tolak Pas' bergema di Konvensyen Pakatan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 12 November 2016
Demonstrasi ‎tolak Pas, di IDCC Shah Alam hari ini

SHAH ALAM - Satu demonstrasi aman 'tolak Pas dalam Pakatan Harapan' diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan ‎di IDCC, Shah Alam hari ini.

Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia,Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.

Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.

"Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini," katanya.

Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.

"Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan‎," tertera perkataan tersebut.

‎Konvensyen Pakatan Harapan 2016 berlangsung sehari bermula hari ini.

2 comments:

  1. Kah Kah Kah bergema...... hingga bangunan IDCC runtuh! Huyyooo ramainya!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..hentikan kerjasama dengan islam main main pimpinan ostad mabuk ketum dari parti pengguna agama PAS ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa