Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 9, 2016

Hah baru betul.......dalam tu pun masih ada lagi yang tak serik!

Lelaki Iran dibutakan mata sebagai hukuman curah asid ke wajah kanak-kanak
Agensi |  November 08, 2016 23:43 MYT
Lelaki Iran dibutakan mata sebagai hukuman curah asid ke wajah kanak-kanak
Ameneh Bahrami, salah satu mangsa yang menjadi buta akibat serangan asid beberapa tahun sebelum itu, menggunakan hak untuk mendapat tuntutan ganti rugi daripada penyerangnya. - Foto AFP
TEHRAN: SEORANG lelaki Iran menerima balasan setimpal apabila dibutakan matanya sebagai hukuman menyimbah asid ke wajah seorang kanak-kanak empat tahun hingga menyebabkannya kehilangan upaya penglihatan.

Ketua Hal Ehwal Jenayah bagi pejabat pendakwa Tehran, Mohammad Shahriari, berkata: "Pada tahun 2009, lelaki ini menyimbah asid ke muka seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Sanandaj sehingga menyebabkan mata kanak-kanak itu buta.

"Hari ini, undang-undang jenayah telah digunakan di hadapan saya dan pakar-pakar," katanya tanpa memberi maklumat lanjut.

Ini adalah kali kedua Iran menjatuhkan hukuman yang sepadan dengan jenayah yang dilakukan dalam negara Islam itu.

Undang-undang itu adalah sebahagian kod syariah Islam tetapi pelaksanaannya dikecam oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Mangsa juga boleh memilih hukuman untuk dikenakan ke atas penyerang mereka yang mana selalunya ia dilakukan berdasarkan wang tuntutan ganti rugi.

Pada 2011, seorang wanita muda Iran, Ameneh Bahrami, salah satu mangsa yang menjadi buta akibat serangan asid beberapa tahun sebelum itu, menggunakan hak tersebut, yang mana dia tidak mahu penyerangnya mengalami perkara yang sama.
Manakala awal tahun ini, dilaporkan seorang lelaki Iran menjadi buta sepenuhnya atas hukuman kesalahan menyimbah asid kepada seorang pemandu teksi pada tahun 2009.

Lelaki tersebut Mojtaba Saheli, 31, sebelum itu buta mata kiri kerana asid pada tahun lepas, kini menjalani peringkat kedua dan terakhir hukuman - iaitu kemusnahan mata kanannya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa