Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 9, 2016

Sabah: Darell dan isu masjid

ISU MASJID: DARELL TAK BANTAH

SAYA baru saja bercakap dengan YB Darell Leiking sendiri isu masjid di Penampang dan kes ini memang sudah lama.

Saya tahu sedikit dan bila ditanyakan isu itu maka saya hanya menjawab apa yang saya tahu kesan soalan bertubi2 dilontar kepada saya dan hari ini YB Darell semula menyatakan agar lebih jelas.

Memang benar mereka yang di pemerintah selalu saja mencari isu yang boleh memecahkan perpaduan bangsa/kaum di Sabah dan paling mudah mereka gunakan agama.

" Agama mereka guna untuk memporakporandakan keadaan di Sabah dan cara ini jelas cara KOTOR yang tidak diterima oleh mereka yang waras otak sebab Sabah ini beza banding di seberang " Kata YB Darell.

Hakikat sebenarnya YB Darell hanya suarakan kehendak penduduk kampung soal sebuah masjid yang konon sudah diluluskan oleh MDPG( Majlis Daerah Penampang) dan dikatakan plan sudah diluluskan sama.

" Jika sudah lulus kenapa tiada dialog antara penduduk kampung supaya faham untuk elak hal-hal yang tidak diingin berlaku?" Kata Darell lagi dan pertanyaan itu tidak dijawab oleh Majlis Daerah Penampang malah MDPG mendiamkan diri/membisu.

" Ingat,  kami ini bodohkan kalau kami bantah rumah ibadat selain meminta dialog?" Tambah YB Darell lagi.

Sebelum ini memang sudah ada dinyatakan yang MDPG dan wakaf berbincang dan yang dimahukan hanyalah kenyataan rasmi MDPG dan minta sama adakan dialog agar semua faham dan ini tidak dilakukan.

" Saya sedia bersemuka dengan orang yang memfitnah itu dan sediakan maafkan mereka sebab percaya fitnah BN, tetapi kalau terus memfitnah, maka jawabannya kita jumpa di Mahkamah" Kata Darell lagi.

ISMAILY BUNGSU
7 Nov, 2016
1:54pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa