Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 5, 2016

Hilang 18 hari, Kontraktor di temui pagi tadi

18 hari hilang, kontraktor ditemui dalam keadaan lemah
WARTAWAN SINAR HARIAN - 4 NOVEMBER 2016
18 hari hilang, kontraktor ditemui dalam keadaan lemah

JENGKA - Selepas 18 hari hilang tanpa berita,  ahli perniagaan berkaitan hasil buah sawit, ditemui selamat di sebuah sekolah rendah di Jerantut, pagi tadi.

Isteri beliau, Sazarina Mat Saad, 34, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkhabaran itu dan kini berada di hospital menunggu suaminya, Mohd Shareman Mohd Shah, 36.

"Alhamdulillah dengan bantuan orang ramai yang dapat mengecam suami saya, akhirnya selepas 18 hari, suami kembali ke pangkuan saya dan anak-anak. Keadaan dia sekarang separa sedar dan masih dirawat. Kami tak berani tanya apa-apa lagi sebab dia nampak sangat penat.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu. Saya dapat panggilan daripada adik jam 7 pagi tadi kata suami dijumpai dekat Sekolah Kebangsaan Inderapura. Orang ramai nampak suami datang ke situ dalam keadaan lemah kerana berjalan kaki. Dia cari adik saya Mohd Fairuz yang mengajar di sekolah itu. Kemudian dia pengsan dan dibawa ke sini (hospital)," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cari suami hilang, mohon bantuan masyarakat]

Sazarina berkata, beliau, rakan-rakan suami dan keluarga sudah berhimpun di hospital sejak jam 8 pagi tadi bagu menunggu proses rawatan.

"Saya faham semua orang ingin tahu cerita suami tapi diharap berilah beliau ruang dahulu. Dia dalam keadaan separa sedar," katanya.

Mohd Shareman Mohd Shah, 36, dilaporkan hilang pada 17 Oktober lalu, selepas melakukan pengeluaran wang berjumlah lebih RM50,000 di dua bank berasingan di daerah ini.

Sehari kemudian, kenderaan jenis Ford Ranger yang dinaikinya ketika berurusan ditemui di belakang premis perniagaan di Bandar Temerloh bersama sebilah parang, di dalamnya.

Sazarina berkata, rutin sebegitu memang dilakukan suaminya setiap bulan untuk membayar gaji dan lain-lain namun pada hari tersebut, Mohd Shareman tidak menjemput beliau serta anak-anak di rumah kedua ibu bapanya di Felda Jengka 15, menyebabkannya membuat laporan polis pada sebelah malam, hari sama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa