Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 9, 2016

Inilah Baju Merah: "Ini semua manusia kurang ajar yang hanya mencari kesempatan"

'Anak gayong mana sertai himpunan politik saya balun'
Shakira Buang      9 Nov. 2016 , 4:46 petang
Guru Utama Seni Silat Gayong Pusaka Malaysia, Abdul Majid Mat Isa memberi amaran kepada semua anak muridnya agar tidak menyertai himpunan politik, termasuk yang dianjurkan oleh gerakan Baju Merah.

Majid atau lebih dikenali sebagai cikgu Majid berkata, ini kerana pertubuhan silat itu tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

"Mana-mana anak silat yang menyertai mana-mana himpunan mahu pun yang dijadualkan akan datang saya akan 'balun' dan tentang mereka.

"Kita juga telah memberi arahan kepada anak-anak gayung Pusaka jangan sertai himpunan akan datang.

"Kalau sertai juga dan kita dapat tahu, kita akan panggil dan ambil tindakan kepada mereka," kata Majid kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persembahan silat yang digunakan dalam perhimpunan Baju Merah di depan pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Malah, tegas Majid, aksi silat yang dipersembahkan pada himpunan membantah portal berita Malaysiakini Sabtu lalu bukan dari persatuan seni silat itu.

"Kita Persatuan Seni Gayong Pusaka Malaysia tak campur masalah orang lain dan yang pandai-pandai tunjuk silat hari itu pun bukan dari anak silat kita tetapi orang yang mahu busukkan nama silat gayung.

"Ini semua manusia kurang ajar yang hanya mencari kesempatan," keluh Majid dengan nada kesal.

Dalam protes di pejabat Malaysiakini pada Sabtu, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.
Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan kepingan kayu.

Malah, salah seorang peserta memecahkan blok batu dengan kepalanya.

Baju Merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin Baju Merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.

4 comments:

  1. Belajar silat untuk mempertahankan diri keluarga dan negara dari ancaman luar , kalau baju kuning ditaja oleh soros takkan kita nak berdiam diri ,tengok saja negara kita dimainkan oleh orang luar , berhimpun bukan bermakna kita nak bergaduh,kita nak tunjukkan kepada orang luar jgn campurtangan dlm urusan malaysia,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum lihat ancaman luar, tengok dulu orang melayu DALAM negeri yg dok merosakkan negara. Samun sana, samun sini, rasuah berleluasa, jangan dok diam diri. Negara akan jahanam akibat perbuatan melayu yg mementingkan diri

      Delete
  2. Alh silat silat ni semua auta,, ekonomi kita bangsalain y pegang
    Ugama dan bangsa selalu di persenda,, Alvin dan Name Wee main main kan melayu dan agama,, mana org silat kita? Kanapa tak cari mereka dalam diam tampa kan muka mereka dgn terompah buruk,, gangster cina dan india berterabuh di sana sini,, mana silat gayung kita? Sukan Malaysia, asia, olimpik mana silat kita?
    Sudah lah jgn merepek lebih baik belajar ilmu kehidupan dan pelajaran agar bangsa dan agama kita di sanjung tinggi, dan jgn merepit,,
    Silat hanya di guna pakai di majlis kawain atau rasmi sebagai pertunjukan kesenian melayu,, Fikir kan

    ReplyDelete
  3. Orang2 silat dengan golongan ustaz pas kita ni lebih kurang macam pokok gharqad kaum yahudi. Kalau pohon gharqad dia akan lindungi orang yahudi ketika mana mereka diburu orang Islam. Pohon gharqad versi Malaysia ni bertindak melindung pemerintah zalim yang menzalimi rakyat atas nama Kedaulatan Melayu yang kononnya takut cina memerintah. Celaka sungguh pokok2 gharqad Malaysia ni, rakyat dihimpit kesusahan disebabkan salah tadbir urus pemerintah, yang gharqad2 ni bagi amaran itu dan ini. Semoga Allah membinasakan golongan2 gharqad ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa