Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2016

Isu PAS buka pintu: "Kita tidak mahu ambil risiko Pas memecahbelahkan pakatan pembangkang"

Selesaikan pembahagian kerusi bukan bincang dengan Pas
05 November 2016 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Fakrulrazi Mohd Mokhtar

Isu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan dan Bersatu perlu diselesaikan terlebih dahulu berbanding berbincang dengan Pas, tegas Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau berkata, Pas dibimbangi akan menjadikan blok pembangkang tidak stabil selain kejatuhan populariti parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

"Kita tidak mahu ambil risiko Pas memecahbelahkan pakatan pembangkang.

"Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan Pas, Pas akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana Pas telah hilang hampir semua sokongan daripada kaum bukan Melayu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuaala Kangsar lalu Pas hanya mampu mendapat tidak lebih 30 peratus undi Melayu sahaja.

"Timbalan Presiden Pas sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yang disebarkan dalam internet bahawa selepas keputusan PRU, Pas boleh pergi dengan sesiapa sahaja.

"Tiada jaminan mereka (Pas) akan kekal dengan pembangkang," tegasnya.

Mengulas lanjut sikap Pas, Fakhrulrazi berkata, parti tersebut juga terbukti mampu melanggar janji mereka seperti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji mereka pada bila-bila masa.

"Kajian IDE yang terbaru membuktikan Pakatan Harapan jauh lebih popular dari Pas. Begitu juga kajian badan-badan lain yang menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik sokongan Melayu berbanding Pas," jelasnya.

Bahkan, tambahnya, maklumat yang diperolehnya menyatakan Pas Kelantan telah membuat kajian mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupun tanpa kewujudan Amanah.

"Strategi menguatkan pakatan pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk Pas yang jelas akan hilang 90 peratus daripada kerusi-kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas," katanya lagi.

* 'Ibarat buaya dalam guni' selagi guni tak pecah tak apa, tapi kalau pecah takkah semua orang bertempiaran larikan diri?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa