Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2016

Nur Misuari muncul di Istana Presiden Rodrigo Duterte

Nur Misuari Muncul Semula, Bertemu Duterte
Published on Nov 4, 2016 
MANILA – Pemimpin puak pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga tahun bersembunyi di selatan negara itu untuk bertemu Presiden Rodrigo Duterte, di sini semalam.

Duterta dilaporkan menjemputnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk menamatkan pemberontakan bersenjata selama beberapa dekad di selatan negara rantau Asia tenggara itu.

Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) itu keluar daripada persembunyian selepas mahkamah menggantung waran tangkap ke atasnya selama enam bulan bagi membolehkan beliau mengadakan rundingan dengan Duterte dan pegawai lain.

Seorang pegawai Kabinet menjemput Misuari dari Pulau Jolo dengan menggunakan sebuah jet.

Duterte yang gembira mengumumkan kehadiran pemimpin pemisah itu di Istana Presiden di Manila menerusi siaran televisyen tempatan.

Tidak menyedari beliau diminta berucap, Misuari meluahkan sokongan kepada Duterte, tindakannya memerangi dadah dan serangan terhadap militan Abu Sayyaf dalam ucapannya.

“Saya sedia untuk kekal berada di kawasan pergunungan jika bukan kerana jemputannya,” kata Misuari, merujuk kepada Duterte.

Duterte, yang mengambil alih jawatan pada Jun, meneruskan rundingan damai dengan MNLF pimpinan Misuari dan kumpulan pemisah lain yang lebih besar.

Namun beliau mengarahkan tentera memusnahkan Abu Sayyaf, yang kerap melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan, memenggal kepala tebusan dan melancarkan pengeboman.

Kini dalam lingkungan usia 70-an, Misuari menafikan apa yang disifatkan sebagai sindiran media bahawa kumpulannya semakin lemah.

Bekas profesor universiti, Misuari mencetuskan pemberontakan Islam di selatan ketika pemerintahan diktator Ferdinand Marcos pada 1970-an.

Bagaimanapun beliau kemudian menerima kuasa autonomi terhad bagi minoriti penduduk Islam di selatan dan menandatangani perjanjian damai pada 1996 dengan kerajaan. – sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa