Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 13, 2016

Jakun sungguh: Sekarang bukan zaman tunjuk kekuatan fizikal dan samseng, ini zaman tunjuk kelebihan mentallah wei!

Kumpulan anti Bersih berkumpul tayang kekuatan

  | November 12, 2016
Selepas laporan mengenai gangguan terhadap konvoi Bersih, kumpulan silat pula menunjukkan sokongan terhadap Datuk Jamal Yunos.
PETALING JAYA: Gerakan anti Bersih, Baju Merah mengeluarkan satu lagi amaran terhadap rancangan kumpulan pendesak pilihan raya mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.
Ketua Baju Merah Datuk Jamal Yunos dilaporkan berkumpul di luar Dataran Maybank di Bangsar, Kuala Lumpur petang tadi bersama beberapa kumpulan seni pertahankan diri.
Jamal ketika bercakap kepada khalayak dilaporkan berkata:”Kami di sini untuk membuktikan yang kami bukan beri ancaman kosong. Datang 19 November, kami akan berada di mana saja baju kuning berada. Kami tidak akan biarkan mereka ancam agama dan demokrasi kita.”
Penyokong Bersih yang memakai baju kuning digesa berkumpul di jalanan sekitar pusat bandar Kuala Lumpur untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan perubahan media.
Jamal berjanji untuk mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.
Pada perkumpulan hari ini, kumpulan silat itu membuat beberapa persembahan dan menyerahkan bendera kepada Jamal sebagai tanda sokongan mereka.
Perkumpulan itu dibuat susulan pemimpin Bersih melaporkan yang penyokong anti Bersih mengganggu konvoi jalanan Bersih di Bangi, Labuan dan Tanjung Malim awal hari ini.
Di Bangi, sekumpulan Baju Merah diketuai Jamal mengelilingi konvoi itu dan enggan membenarkan mereka bergerak serta mengoyakkan bendera dan kain rentang Bersih, menurut Star Online.
Polis mengambil tindakan dan tidak lama kemudian Baju Merah membenarkan konvoi itu lalu.
* Tunjuk kuat dan tunjuk jahat saper nak respek weh! 
Dalam satu kenyataan, kumpulan itu mendesak tindakan membuli dan melampau dilakukan Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa