Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 13, 2016

Macam aku jugalah......Hillary ke hutan cari ketenangan dan itulah sikap orang politik!

Senyum kepuraan atau ikhlas.......entahlah!

Hillary Clinton 'lari' ke hutan lepas kalah
11 NOVEMBER 2016
Margot Gerster dan Clinton

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT . Bekas calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat Hillary Clinton, dilihat ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa sedihnya selepas tewas dalam pertandingan pemilihan presiden negara itu baru-baru ini.

Beliau kali terakhir dilihat masyarakat awam ketika menyampaikan pidato kekalahannnya di Hotel New Yorker.

Namun, seorang wanita yang bernama Margot Gerster terjumpa Hillary ketika berjalan kaki di kawasan hutan Chappaqua, New York.

"Ketika kami berjalan, aku mendengar ada suara...dan ternyata itu dia (Hillary). Aku memeluknya dan bercakap dengannya...," katanya lapor CNN.

Difahamkan Hillary memang tinggal di kawasan Chappaqua, New York.

Dalam foto yang dirakamkan suaminya, Bill Clinton, Hillary dilihat mengukir senyuman mesra.

"Setelah mendapat pengalaman yang gila, luar biasa gila, dia (Hillary) terlihat seperti kebanyakan orang pada umumnya. Dia bersikap baik, sopan, dan ramah kepada saya," katanya lagi.

Di pertemuan itu, Margot turut meluah perasaanya terhadap Hillary, katanya dia bangga memilih Hillary namun pasrah selepas wanita itu tewas.

"Bagaimanapun, dia tidak mahu bercakap soal politik dengan serius," katanya.

Katanya, tujuan dia memaparkan foto itu adalah untuk membuat orang ramai tersenyum.

"Kelmarin adalah hari yang sangat gelap, aku mengharapkan agar gambar ini membawa mesej ketenangan dan keindahan kepada sesiapa yang memerlukannya," katanya. - sumber

7 comments:

  1. kalo di bandingkan hilary n trump,hilary lebih terok dan kejam...sebelum ni trump ke yg menindas dan mengebom negara2 islam?...trump ke yg bunuh ghadafi?...trump anti pendatang haram,perang,isis yg terbukti di taja us,saudi,qatar dan sekutu2nye.. dan anti nato...tapi sejarah membuktikan sape pon yg menjadi presiden dan menentang deep state akan mati...media arus perdana tidak henti2 menakutkan orang ramai terutamenye muslim...siape pemilik2 media2 ni yg selama ni teramat membenci islam?..jangan di telan semua yg di hidang

    ReplyDelete
  2. Anon 6:42 AM

    Di Amerika Yahudi adalah 'King makernya'. Jadi tanpa sokongan Yahudi, dia tidak akan berjaya bertahta di White House. Maknanya walau siapa saja yang jadi Presiden Amerika terpaksa ikut telunjuk Yahudi

    ReplyDelete
  3. setuju...tidak kira siape pon yg di pilih kalo dia lawan zionis akan di singkir atau di bunuh seperti kennedy

    ReplyDelete
  4. pencerahan....https://www.youtube.com/watch?v=TmL-pFaVA3A

    ReplyDelete
  5. pencerahan...https://www.youtube.com/watch?v=RG6rNcsVOaA

    ReplyDelete
  6. bukan semua yahudi itu zionis...di us ramai yahudi yg menentang zionis

    ReplyDelete
  7. Sama jer sapa menang presidenn US. Polisi luar x byk berubah. Kalau ada perubahan mungkin polisi dlm negeri. Apa2 hal sokongan yahudi penting utk menang. Cuma lepas kalah Hillary x der lah pi shopping sampai juta2 beli cincin beli beg bagai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa