Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 3, 2016

Mahfuz cuba geletek........kalau-kalau ada yang geli!

Kemunculan Riza Aziz dalam lawatan PM ke China memalukan, mengaibkan
 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar Datuk Mahfuz OmarAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kewajaran Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut bersama dalam lawatan rasmi negara ke China.
"Kehadiran Riza Aziz dalam delegasi pelaburan negara sangat memalukan serta mengaibkan negara.
"PM Najib langsung tidak prihatin soal maruah negara yang tercalar kerana perbuatan anak tirinya itu.
"Sepatutnya PM Najib tidak melibatkan anak tirinya itu dalam siri lawatan rasmi ke China ini. Tiada keperluan untuk anak tirinya terlibat dalam urusan rasmi negara," ujarnya dalam satu kenyataan.
Riza Aziz antara nama yang dikaitkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai lalu kerana terbabit dalam siri pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB untuk menerbitkan filem 'Wolf of Wall Street' yang dilakonkan pelakon Hollywood Leornardo De Caprio.
DOJ menamakan 'Riza Aziz anak tiri MO1' dalam saman memohon untuk merampas beberapa aset bernilai lebih RM14.16 bilion yang berkaitan dengan dana 1MDB yang telah diselewengkan.
Gambar Riza Aziz yang turun dari pesawat bersama Datin Rosmah Mansor  isteri perdana menteri menjadi viral apabila ramai pihak mempertikaikan kewajaran anak tiri Najib itu mengikuti lawatan rasmi negara ke China.
Justeru persoalannya ujar Mahfuz lagi, apakah keperluan untuk Najib membawa anak tirinya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) dalam kes kecurian wang 1MDB itu ke China.
"Apakah kelayakan untuk Riza Aziz menaiki pesawat tersebut?.
"Adakah Riza Aziz tersenarai dalam peraturan sebagai orang yang layak menaiki pesawat khas kerajaan yang dibiayai oleh wang rakyat?
"Apakah peranan Riza Aziz dalam deligasi PM Najib untuk menarik pelaburan dari negara China?.
"Adakah terdapat keperluan Riza Aziz terlibat dalam perundingan dan menandatangani mana-mana MOU dengan syarikat pelabur dari China yang bernilai RM144 bilion?
"Adakah Riza Aziz menyertai lawatan ke China ini sebab nak pinjam duit dari negara China atau mencari rakan kongsi baru untuk buat filem "Wolf of Wall Street 2".
"Maklumlah duit 1MDB dah habis diguna untuk berfoya, berjudi serta istana dan kondominium mewah di Amerika dah kena sita dan bank-bank seluruh dunia pun tidak mahu berurusan lagi dengan beliau," ujarnya.
Kemunculan Riza Aziz (belakang sekali) ketika turun dari pesawat dalam delegasi PM ke China menjadi viral menimbulkan pelbagai persoalan rakyat dan pemimpin politik.
* Kalau dah jadi tidak sensitif dan hilang rasa, mana ada geli ooo......

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa