Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 3, 2016

Nak lepas tengkuk ke apa: Libatkan nama Almarhum Nik Aziz lagi!

*Walau pun katakanlah kelulusan dibuat oleh TGNA dengan syarat-syaratnya dipenuhi
Namun adakah kerja yang dibuat selepas dilesenkan oleh jabatan hutan dikawalselia sepenuhnya yang syarikat-syarikat tersebut menenuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

Aku dan geng aku adalah jenis penjelajah hutan dan gunung dan kami tahu macam mana puak-puak balak ni buat kerja dengan lesen yang diluluskan......'sapu licin'!

Dato' Haji Anuar Tan ni sebagaimana yang aku kenal sekian lama (sejak dari muda), beliau bukan jenis belit bahkan agak 'lurus bendul'. Tapi sekarang bila sudah jadi exco, tak tahulah pula sikapnya

Baca jawapan saya dengan hati terbuka
03 November 2016 | ANUAR TAN ABDULLAH
Datuk Husam Musa

Selepas membaca artikel yang ditulis oleh Tuan Haji Mohd Sayuti Omar (MSO) bertajuk ‘Husam Si Harimau Luka Yang Perlu di Rawat, Bukannya Terus Diusik’ ianya telah memberikan ‘food for thought’ untuk saya menangani episod ini dengan perspektif dan dimensi yang lebih harmoni.

Seperti yang kita semua maklum, Tuan Haji Mohd Sayuti Omar merupakan seorang penulis yang dihormati oleh Almarhum Tok Guru, Nik Aziz Nik Mat, apatah lagi saya yang kerdil ini untuk tidak mengambil pandangan dan nasihat beliau sebagai panduan dalam episod ini.

Pandangan Tuan Haji Mohd Sayuti Omar adalah amat tepat sesudah saya meneliti tindak-tanduk Datuk Husam Musa di dalam Dewan Undangan Negeri sesi ini, ucapan beliau selepas sesi dewan serta dalam tulisan beliau akhir-akhir ini.

Saya berpandangan bahawa YB Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi YB Datuk Husam Musa yang original’ yang saya kenali begitu lama. 
Imbas kembali semasa beliau masih di dalam kerajaan dan pucuk pimpinan parti, hujah beliau adalah berfakta, bernas, fokus dan tidak pernah cuba ‘implicate’/ melibatkan orang lain yang tidak berkenaan di dalam semua isu.

Bagi menghormati pandangan dan nasihat Mohd Sayuti Omar, saya mohon untuk bagi kali terakhir untuk menjawab perkara-perkara dan isu-isu yang ditimbulkan oleh Datuk Husam dalam kenyataan balas beliau.

Saya terpaksa untuk membuat penjelasan sedemikian kerana politik itu adalah persepsi, maka apa jua persepsi negatif yang ditimbulkan perlu dijawab dengan fakta yang benar bagi membolehkan rakyat jelata menilai kembali terhadap perkara tersebut.

Isu Pertama mengenai TLC

Datuk Husam memberi maklumat melalui kenyataan balas beliau bahawa lesen-lesen terhadap enam syarikat yang disenaraikan oleh beliau, di mana tarikh lesen berkuat kuasa adalah dalam tahun 2016.

Selepas itu, Datuk Husam menggunakan hujah seperti di bawah ini untuk menyokong pendirian beliau, Adakah Tok Guru yang telah meninggal dunia setahun lebih yang lalu masih ke pejabat menandatangani kelulusan itu sampai hari ini? Mustahil.

Tentu ada orang lain yang sedang meluluskannya tetapi nama Tok Guru hendak diseret. Malu lah pada Tok Guru untuk YB Datuk bertindak begitu.

1. Untuk pengetahuan semua, Almarhum Tok Guru merupakan ketua sebuah Kerajaan Negeri, Almarhum Tok Guru hanya mempengerusikan mesyuarat serta membuat keputusan yang terakhir ke atas kelulusan satu-satu permohonan TLC.

2. Semua lesen-lesen untuk melaksanakan program-program TLC yang telah diberi kelulusan dasar itu akan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

3. Suka saya mengingatkan Datuk Husam, tarikh lesen berkuatkuasa yang disebutkan oleh Datuk bukanlah tarikh permohonan syarikat itu diluluskan untuk kelulusan dasarnya. Sebaliknya ia merupakan satu tarikh diberikan untuk syarikat memulakan gerak kerja mereka.

4. Contohnya selepas satu-satu kelulusan dasar diberi kepada mana-mana syarikat, syarikat tersebut perlu memenuhi syarat-syarat seperti di bawah ini sebelum lesen dikeluarkan:

a. Syarikat perlu mengecam kawasan pilihan mereka di zon TLC yang telah dikhaskan.

b. Syarikat perlu memaklumkan kawasan yang mereka pilih itu kepada pihak Jabatan Perhutanan Negeri.

c. Syarikat perlu mengemukakan plan/peta bagi kawasan yang dipilih.

d. Syarikat perlu menyediakan plan yang tepat dan disediakan oleh juruukur yang profesional kepada Jabatan Perhutanan.

e. Syarikat perlu menjelaskan bayaran kadar premium dan pampasan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).

f. Jika terdapat apa-apa rayuan terhadap kadar pampasan yang telah ditetapkan, syarikat masih diberi peluang untuk merayu dan pihak JKKP akan bermesyuarat untuk menimbangkan permohonan tersebut.

g. Pihak syarikat perlu menyediakan semua dokumen, perjanjian dan syarat-syarat kepada Jabatan Perhutanan Negeri.

h. Selepas semua bahan telah dilengkapkan oleh pihak pemohon, Jabatan Perhutanan Negeri akan membuat proses pra lesen.

i. Selepas kesemuanya berjaya, baru pihak Jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen kepada syarikat dan lesen itu ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

Ini bermakna begitu banyak syarat dan prosedur yang wajib dilaksanakan dari tarikh kelulusan dasar dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga diberikan lesen kuatkuasa gerak kerja untuk memenuhi semua syarat dan prosedur yang memerlukan jangka masa yang bertahun-tahun lamanya.

Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di zaman pentadbiran YAB Ustaz Dato Menteri Besar sekarang ini (2014-2016) tiada satu pun kelulusan dasar TLC yang diluluskan. Bermakna, kesemuanya program TLC diluluskan di zaman Almarhum Tok Guru dan disusulkan dengan lesen berkuatkuasa untuk perlaksanaan pada tahun-tahun kemudiannya.

Isu KPK

Dalam kes ini, ia sudah dijawab oleh YAB Ustaz Datuk Menteri Besar semasa sesi penggulungan bahawa laporan audit yang tersebut masih belum lagi muktamad.

Sepertimana dalam kenyataan Dato Husam sendiri di dalam kenyataan balas beliau, ‘Berdasarkan finding Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK itu’. Ini bermakna Datuk Husam juga tahu apa jua yang disebut di dalam kenyataan balas Dato adalah satu ‘finding’ sahaja.

Kepada sesiapa yang mempunyai ilmu dalam pentadbiran kerajaan, ‘finding’ itu bermaksud ‘penemuan awal’ terhadap hasil kajian awal daripada audit kepada KPK dan seterusnya KPK mempunyai peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri ke atas ‘finding’ tersebut. Inilah keadilan yang diberi kepada mana-mana agensi oleh bahagian audit.

Sebagai analogi mudah, contohnya apabila seseorang di kampung kita dituduh mencuri ayam, selepas ‘finding’nya atau pun laporan awalnya disiapkan oleh pegawai penyiasat, ianya perlu diangkat ke pejabat pendakwaraya dan seterusnya ke mahkamah untuk dibicarakan.

Walaubagaimanapun, tertuduh juga diberi keadilan untuk memberi peluang bagi membela diri melalui peguamnya. Selagi kesnya belum diputuskan oleh hakim, maka tertuduh itu masih tidak bersalah.

Maka sepertimana kes KPK ini, ia masih di peringkat ‘finding’, akan sampai masanya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pembelaan diri.

Hanya selepas ketua audit membuat pengesahan dan menurunkan tandatangan ke atas laporan audit tersebut, ‘finding’ atau penemuan awal itu tidak boleh dijadikan satu tuduhan ke atas KPK.

Isu Ladang Rakyat

Sepertimana kenyataan Dato Husam semalam melalui laporan audit pada tahun 2011 antara lain telah menyebabkan 5 kelemahan di dalam pengurusan Perbadanan Ladang Rakyat menyebabkan Dato Husam mengaku sendiri beliau tidak lagi menghadirkan diri ke mesyuarat selepas itu.

Sepertimana kita sedia maklum, semua ahli lembaga termasuk Dato Husam yang dilantik oleh Almarhum Tok Guru merupakan anggota-anggota yang berwibawa, berilmiah dan mempunyai kepakaran masing-masing serta mempunyai visi dan misi untuk membawa kejayaan, kemajuan dan pembangunan kepada mana-mana entiti GLC dalam kerajaan Negeri Kelantan termasuklah Perbadanan Ladang Rakyat.

Bagi setiap GLC seperti Perbadanan Ladang Rakyat, kerajaan Negeri memberi penghormatan dan keyakinan kepada anggota-anggota ahli lembaga yang terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu bagi membantu membangunkan GLC ini dan saya yakin Dato Husam masih ingat bahawa dalam tempoh beliau menjadi Exco kerajaan Negeri Kelantan, jarang sekali kerajaan Negeri mencampurtangan di dalam hal ehwal urus tadbir serta hal pentadbiran GLC melainkan timbulnya masalah yang cukup besar dan memerlukan keputusan di peringkat mesyuarat Exco. Jika keadaan sebegini berlaku, satu kertas Exco dengan maklumat yang terperinci akan disiapkan untuk memaklumkan masalah tersebut di dalam mesyuarat Exco bagi mendapatkan jalan penyelesaiannya.

Selama 4 penggal saya sebagai ahli Exco, jarang sekali masalah-masalah besar yang memerlukan campurtangan Exco (mesyuarat Exco) termasuklah terhadap lima perkara dan isu ladang rakyat yang disebut oleh Dato Husam. Lima perkara tersebut tidak pernah disediakan kertas Exco dan dibincangkan untuk menyelesaikannya.

Tidak dinafikan di mana-mana organisasi, GLC, kerajaan-kerajaan negeri bahkan negara-negara di dunia ini pasti akan timbul pelbagai masalah dan kelemahan, kesemua faktor ini bukanlah kelemahan dasar atau polisi, tetapi mungkin didorong oleh kelemahan semasa proses perlaksanaan tersebut kerana ia melibatkan begitu ramai pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan pentadbiran dan pengurusannya. Maka tidak dinafikan akan terdapat kelemahan-kelemahan semasa perlaksanaan dan perkara tersebut perlu dibaiki dan boleh baiki sekiranya dimaklum secara berhemah.

Selama 22 tahun Almarhum Tok Guru memimpin kerajaan Negeri Kelantan, Almarhum Tok Guru telah mengilhamkan dan telah melaksanakan beratus bahkan beribu dasar, polisi dan program dengan jayanya untuk membangunkan Negeri Kelantan ini. Pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan seperti lawatan bekas Ketua Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ke Kelantan bersua muka dengan Almarhum Tok Guru pada tahun 2012, ketika pertemuan itu, mendiang Lee Kuan Yew dengan ikhlasnya memuji Almarhum Tok Guru kerana Negeri Kelantan walaupun dengan sumber yang terhad tetapi tetap berjaya membangunkan Negeri Kelantan dalam aspek kerohanian dan pembangunan fizikal dan beliau menyebut begitu kagum dengan ‘the success story of Kelantan’.

Jadi saya berharap sesiapa pun janganlah memilih beberapa kelemahan untuk menjadi alasan bagi mengkritik polisi, dasar dan program Almarhum Tok Guru berbanding dengan beribu kejayaan yang telah dicapai semasa Almarhum menjadi ketua kepada kerajaan Negeri Kelantan kerana kita semua maklum tentang kehebatan Almarhum Tok Guru yang dihormati dan disayangi oleh masyarakat berbilang kaum dan pelbagai budaya di seluruh Malaysia. Saya masih ingat pada hari pengebumian Almarhum Tok Guru, boleh dikatakan seluruh rakyat telah hadir termasuklah YAB Perdana Menteri Malaysia dan menterinya bagi memberikan penghormatan yang terakhir kepada Almarhum Tok Guru. Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya melihat begitu ramai yang hadir ke sesuatu majlis pengebumian.

Harapan saya, agar Datuk Husam dapat menerima jawapan saya ini dengan hati yang terbuka kerana saya juga seperti orang ramai, kita semua menghormati Almarhum Tok Guru dan demi mempertahankan legasi Almarhum Tok Guru dan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengamalkan dasar membangun bersama islam sebagai corak pembangunan Negeri Kelantan.

*Penulis Datuk Anuar Tan Abdullah ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan dan Adun Kota Lama.

2 comments:

  1. Hj. TAN, JAWAB LAH SOALAN, ENTA FAHAM TAK SOALAN HUSAM?......'FINDINGS' DGN 'PROSECUTION' PUN TAK FAHAM APA PUNYA NGOK DAH ENTE NI.JANGAN NAK PUTAR BELIT PERKATAAN DAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moral of the story.. bila bekawan dengan ummo, jawapan mesti macam umno... #jangan pakai jubah sebab gemuk.islam bukan dinding, islam itu tiang.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa