Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 8, 2016

Pas bergelut besar dalam PRU 14

08 November 2016 | MUAMMAR QADDAFI
Apakah bendera Pas akan terus koyak dalam PRU 14 nanti?

Pas sekali lagi menegaskan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan DAP dan Amanah namun masih membuka pintu rundingan buat parti lain selain dua parti ini.

Pas menyifatkan DAP sebagai musuh islam apabila menentang usul Pas berkaitan RUU 355,manakala Amanah disifatkan sebagai pengkhianat parti yang tidak mungkin sama sekali akan diterima sebagai sekutu politik.

Maknanya disini, jika kita mengambil situasi dimana PAS hanya sudi bekerjasama dengan PKR dimana akan dipersetujui Sesama mereka tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru diantara Pas – PKR – UMNO, maka situasi ini sedikit sebanyak akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan.

Berdasarkan rekod PRU13 , PKR telah bertanding sebanyak 99 kerusi parlimen dan dengan teori tanpa tiga penjuru di antara Pas dan PKR, maka 99 buah kerusi parlimen untuk Pakatan Harapan yang ditandingi PKR sah hanya dua penjuru diantara PKR dan BN.

Secara teorinya, sekiranya Pas enggan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekaligus ia bermaksud Pas akan bertanding di semua kerusi DAP sebagaimana telah mereka umumkan sebelum ini. Persoalan kita, adakah ia akan merugikan DAP?

DAP umumnya bertanding di kerusi majoriti kaum cina, dan undi kaum cina jelasnya tidak akan pergi kepada Pas dan BN, jadi DAP masih mengekalkan undi terbesar manakala kehadiran PAS pastinya akan membantu DAP memecahkan undi melayu yang sebelum ini mengundi BN.

Disini undi kepada BN akan semakin mengecil dan Pas mungkin akan peroleh sebahagian undi melayu yang dahulunya menyokong DAP, namun matematiknya masih menguntungkan DAP kerana tempat DAP bertanding mempunyai majoriti pengundi cina.

Kesimpulannya jika Pas bertegas mahu meletakkan calon di kerusi DAP, harusnya Pakatan Harapan menyambutnya dengan tangan terbuka bahkan mengalakkan penyertaan mereka.

Sedikit masalah Pakatan Harapan adalah di kerusi yang dipertandingkan oleh Amanah. Amanah sebelum ini mengumumkan akan bertanding di kesemua kerusi yang ditandingi oleh Pas pada PRU13 iaitu sebanyak 73 kerusi parlimen diseluruh Malaysia.

Tiga penjuru ini pastinya akan menguntungkan UMNO BN namun begitu dari satu sisi yang lain, Pas juga tiada untungnya.

Amanah mungkin terpaksa berhadapan laluan getir namun di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak mungkinlah tidak semalap negeri negeri pantai timur.

Tapi buat Pas, jika terpaksa berhadapan tiga penjuru di KESEMUA kerusi yang ditandingi termasuk di DUN, Pas mungkin perlu berhenti bermimpi untuk menawan kembali Terengganu dan mungkin perlu bersedia meninggalkan pejabat kerajaan di Kelantan.

Setiap satu undi adalah penting untuk Pas mengekalkan kuasa di Kelantan dan menawan kembali Terengganu, ataupun sekurang kurangnya mengekalkan 14 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU13 yang lalu.

Lojiknya, tiga penjuru tidak akan menjadikan Pas semakin kuat di negeri ini, apatah lagi di Kelantan, banyak kerusi DUN yang dimenangi Pas hanyalah dengan perbezaan undi yang tipis.

Maka pergelutan yang besar bakal PAS hadapi di kedua negeri yang menjadi kubu kuat PAS sendiri kerana “kebijakan” pemimpin PAS menyusun kedudukan PAS dalam arena politik negara.

Tidak melampau jika dikatakan, PRU14 merupakan PRU penutup buat kegemilangan Pas dan Amanah perlu bersedia untuk mengambil sepenuhnya tempat Pas menjelang PRU15.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa