Friday, 11 November 2016
KALI INI MACAI PUN PENING KEPALA, KENAPA PEGUAM NEGARA ENGGAN BERI KERJASAMA MLA?
Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara, pejabat Peguam Negara Malaysia juga dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.
Ini adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland.
Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.
MLA atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai berbilion-bilion ringgit.
Kenapa permohonan MLA itu ditolak? Jika benar 1MDB suci lagi bersih dan tiada sebarang kesalahan dilakukan, kenapa takut untuk saling bekerjasama dengan pihak luar yang berusaha mencari kebenaran?
Apakah hanya Switzerland yang mahukan kepada kebenaran, sedangkan kita sebagai negara Islam cuba menutup kebenaran yang sama?
Bukankah kebenaran adalah sama saja di mana-mana pelusuk dunia?
Lagi pun, tidakkah Najib Razak sendiri, selain berulangkali menafikan salah laku dalam 1MDB, turut pernah berjanji sebelum ini untuk memberi sebarang kerjasama kepada mana-mana penyiasatan antarabangsa berkaitan dengannya?
Sekarang, apa sudah jadi beb?
Apa lagi hujah yang mahu dipakai oleh macai dan pendedak, termasuk mereka yang terus menjelajah berjumpa pelajar di luar negara untuk "goreng" lagi tentang 1MDB jika memberi kerjasama untuk menyiasat pun tiada keberaniannya?
Sudah tentu makcik Felda pun mudah faham kali ini. Kalau benar tidak bersalah dan tiada apa-apa cuba dilindungi, apa yang ditakuti sangat sekadar memberi kerjasama?
Contoh mudahnya, kalau dalam rumah kita tiada barang curi dan kita juga bukan pencuri, tentu tiada sebab bagi kita untuk menghalang pihak polis untuk melakukan pemeriksaan.
Sebelum ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.
MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.
Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.
Bagaimanapun Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lan negara Eropah yang sudah bekerjasama baik selama ini.
Apa yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.
Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?
Sudahlah kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.
Lalu, masihkah ada lagi yang tidak malu berkokok ke sana sini mempertahankan 1MDB dan mengatakan Malaysia di bawah Najib sedang diurus dengan baik dan sempurna? (SH 11/11/2016).

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa