Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 11, 2016

Mengulangi sejarah kejatuhan khalifah Ottoman?: Doakan tidak akan berlaku pada Malaysia

FRIDAY, NOVEMBER 11, 2016

HUTANG LANDASAN KERETAPI ISTANBUL-VIENNA TELAH MENGGADAI EMPAYAR ISLAM OTTOMAN SAMPAI TERBINA NEGARA HARAM ISRAEL
Najib sedang mengulangi sejarah kejatuhan khalifah Ottoman?

Kita sudah pada tahun 2016. Sudah 92 tahun lamanya empayar Islam telah musnah dan tiada lagi kesinambungan baiah khalifah dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga ke hari ini. Sekalipun sebahagian penguasa negara semenanjung Arab menggelarkan mereka sebagai Khalifah namun hanya sekadar gelaran lain selain sultan.

Mari lihat perkara ini bukan atas dasar politik. Tapi anggaplah ia dari sudut seorang warga negara yang sayangkan negaranya. Bukan mahu menentang namun yang terang mungkin boleh diterangkan lagi dengan penjelasan begini.

1854, selepas Perang Kremia, khalifah Ottoman ketika itu telah membuat pinjaman dari pada Eropah dengan bank dari British dan Perancis yang memberikan pinjaman. Pinjaman ini dibuat bagi menyambung landasan keretapi sedia ada hingga ke Vienna Austria melalui negara-negara milik wilayah kerajaan Ottoman ketika itu. Untuk yang tidak tahu, Islam Ottoman telah sampai ke Hungary dan sebahagian Austria pada zaman itu. Membina jalan keretapi hingga ke Austria itu sama seperti membina jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan Kelantan.

Pinjaman itu juga adalah untuk mendanai gayahidup khalifah yang korup pada ketika itu dengan perbelanjaan istana yang sudah tidak lagi masuk akal dan tidak tertampung dengan perbendaharaan empayar. Maka hutang perlu dilakukan pada tahun 1854.

Seperti hari ini kita buat pinjaman di bank kita lihat semua salesman salesgirl mereka muka secantik Neelofa tapi bila kita tak bayar hutang, Neelofa tak Neelofa semua kita nampak dah macam Norlia Ghani atau Rosnah Mat Aris semasa marah.

Begitu juga setelah 21 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1875, hutang yang diambil oleh kerajaan Ottoman telah meningkat menjadi 200 Juta British Pounds dengan bunga tahunan dibayar ialah 12 juta Pounds yang pada ketika itu MELEBIHI SEPARUH DARI PENDAPATAN NEGARA.

Maka terpaksa khalifah membenarkan satu pencabulan negara dari jalan depan melalui OPDA (Ottoman Public Debt Administration). Apa itu OPDA?

OPDA ialah apabila Eropah mula masuk ke Ottoman untuk mengutip cukai terus kepada rakyat tanpa melalui kerajaan Ottoman. Inilah satu pencabulan dan penjajahan paling biadab yang berlaku akibat kesilapan khalifah terjebak dengan perangkap riba' anak Roth dan sekutunya. Pada satu ketika biasa ada lebih 5000 sehingga 9000 orang kakitangan pengutip cukai yang jumlahnya melebihi dari semua pekerja Empayar Ottoman dalam kementerian kewangannya.

 Jika sukar nak dibayangkan, cuba fikir begini. Ayah awak pinjam dari saya duit. Dan bila dia tak boleh bayar, saya masuk rumah awak dengan OPDA tadi dan ambil dari setiap apa yang mak ayah dan anak-anak dapat semua akan bayar kepada saya dahulu.

Sehinggalah hutang ini berkurang menjadi 106 JUTA POUND pada 1881. Masih lagi belum berakhir walaupun kesucian empayar telah dirobek dengan penjajahan kewangan dan percukaian untuk membayar hutang kerajaan. Panjang lagi ceritanya selepas itu namun akhirnya pada tahun 1954 iaitu 100 tahun selepas hutang yang dibuat oleh kerajaan Ottoman oleh khalifah yang korup ketika itu barulah seluruh hutang ini terbayar.

Saya tidak melihat 100 tahun ia berjaya dibayar. Tetapi saya melihat apakah yang hilang dalam 100 tahun itu termasuk kedaulatan Turkey Ottoman yang ranap. Atas dasar nasionalisme teritorial Ottoman di Eropah dan sebahagian di Arab juga melepas diri mencipta kemerdekaan dari khalifah yang korup dan menindas.

Memang kekhalifahan itu sistem Islam tetapi semakin ke arah kejatuhan, kekhalifahan yang dulu didasari Islam juga semakin lama semakin korup dengan pelbagai anasir negatif dan juga aqidah yang semakin melonggar dalam perlaksanaan Sunnah & Kitabullah.

Israel juga adalah salah satu kesan dari perangkap riba' ini. Jika tidak besar dosa riba' sehingga boleh memusnahkan sebuah empayar, maka tidaklah nabi berpesan khusus dalam khutbah terakhir baginda untuk kita jauhi dari riba'.

Sejarah mungkin berulang cuma di tempat yang lain, oleh orang yang lain tetapi KONTEKSNYA masih sama. Saya tak boleh cerita panjang nanti orang malas nak baca. Jika terkesan, sila study lagi...jangan percaya apa saya cakap kerana saya juga mungkin salah. Sila study sendiri supaya kita sendiri yakin dan tahu di mana kita hari ini?

Bila melihat apa yang berlaku semalam, ia sangat menyedihkan sehingga filem viral Sunk into the Womb tidak langsung buat air mata saya menitik.

Dari memaki hamun, elok kita doa agar tangan-tangan di atas diberi petunjuk dan hidayah agar mampu memimpin kita dengan sangat adil dan baik. Doa juga agar negara yang bakal anak cucu kita warisi ini kekal berdaulat dan tidak akan dilacurkan pada masa akan datang atas kesilapan yang kita tidak mampu sesali kerana ketika itu kita sudah tertanam di dalam lahad.

Ini bukan artikel politik, tetapi satu jentikan fikiran untuk kita sama-sama faham. Sebelum berhutang, kentut pun wangi...

Ahlong yang bertatoo yakuza satu badan dan sudah sembelih orang pun boleh senyum manis sampai semua nak buat menantu. Selepas berhutang dan tidak bayar, yang senyum manis memikat menantu semua bertukar menjadi hantu. Segala jenis hantu.

Semoga bermanafaat dan dikongsikan manafaat ini. ~ Saiful Nang via alhusseyn51

1 comment:

  1. Mcm mana org melayu yg menyokong umno akan faham semua ini. Pada mrk najib ni khalifah islam yg cemerlang. Tunggulah bala yg bakal turun kpd umat melayu/islam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa