Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 1, 2016

Sun Tzu: Untuk merealisasikan angan-angan

*BAGAIMANA UNTUK PAS MEREALISASIKAN ANGAN-ANGAN MEREKA..?*

Macam ini, saya ajar satu cara kalau PAS betul hendak merealisasikan ANGAN-ANGAN mereka dengan lebih berkesan:-

1. PAS kena bertanding sendirian dalam PRU, jangan sesekali bergabung.

2. PAS mesti bertanding sekurang-kurang 150 kerusi Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Serawak. Terbaiknya bertanding semua kerusi 222 kerusi parlimen.

3. PAS kena menang 115 kerusi parlimen (majoriti mudah).

4. Dapat bentuk kerajaan di Malaysia dengan majoriti mudah. Apabila sudah dapat bentuk kerajaan PAS, semua menteri tentulah dari PAS.

5. Bila semua menteri dari PAS, nak luluskan apa akta pun tidak perlu sokongan parti lain. Terus bawa masuk sebarang pindaan perlembagaan ke dalam parlimen untuk di bahaskan.

6. Ketika itu PAS boleh tegakkan perjuangan mereka tanpa perlu meminta tolong serta belas ihsan dari UMNO seperti RUU 355. Ini barulah dinamakan cerdik dan matang politik.

_*SOALNYA BOLEHKAH PAS BOLEH MENANG SEKURANG-KURANGNYA 115 KERUSI PARLIMEN..? Tepuk dada tanya selera..*_ Sun Tzu

2 comments:

  1. Dengan bantuan undi penyokong munafik dan kafir pun berapa undi yg Pas menang dlm PRU13? Klu bertanding bersendirian satu kerusi pun susah nak menang. Mat jenin, mat jenin...

    ReplyDelete
  2. Silap haribulan kelantan pun terlungkup

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa