Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 6, 2014

Curfew Di Sabah: Berkesankah ESSCOM?

KM Sabah umum kawasan perintah berkurung
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengumumkan kerajaan negeri Sabah akan mengeluarkan perintah berkurung di kawasan tertentu di negeri itu susulan siri kejadian penculikan oleh kumpulan bersenjata.

Musa mengumumkan perakra itu selepas mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah (JKNN) hari ini selepas kejadian penculikan tersebut.

"Kita melihat keadaan ini sebagai satu ancaman yang membimbangkan. Ini adalah satu keadaan yang serius di mana ia perlu dibanteras secara habis-habisan," katanya.

Dalam kenyataannya, Musa berkata, tiada pergerakan dibenarkan sama sekali di kawasan perintah berkurung tersebut.

“Tidak ada pergerakan dibenarkan (di kawasan perintah berkurung) dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini," kenyataan itu dipetik.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan menubuhkan kawasan kawalan, yang mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan tertentu, katanya.

“Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan kawasan kawalan ini,” katanya.

Berikut adalah kesemua sembilan langkah utama yang akan dilaksanakan, seperti diumumkan Musa:

  • Tindakan drastik akan diambil dengan melaksanakan Control  Area iaitu mengehadkan kemasukan mengikut masa, tempat dan keadaan. Sesiapa yang memasuki kawasan kawalan perlu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM akan memberi perincian mengenai pelaksanaan Kawasan Kawalan ini.
     
  • Mewujudkan pangkalan hadapan atau Forward Base  di kawasan strategik untuk memantau keselamatan perairan Sabah.
     
  • Melaksanakan Kawasan Perintah Berkurung di kawasan berisiko di mana tidak ada pergerakan dibenarkan dan PDRM akan meneliti secara mendalam pelaksanaan ini.
     
  • Langkah jangka pendek, sederhana dan panjang akan dilaksanakan termasuklah membuat penyesuaian kepada organisasi, perjawatan dan pengisian pegawai dan anggota ESSCOM, mewujudkan radar berkeupayaan tinggi.
     
  • Meningkatkan keupayaan pasukan-pasukan keselamatan khususnya dari segi logistik seperti jumlah bot laju (Speed Boat) berkeupayaan tinggi di kawasan berisiko tinggi.
     
  • Mengukuhkan pelaksanaan gerak saraf dan  perang saraf untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjadi barisan pertahanan di ESSCOM.
     
  • Memperbaiki segera saluran dan Standard Operating Procedure (SOP) komunikasi ESSCOM supaya maklumat segera  disalurkan dengan pantas kepada semua agensi keselamatan di lapangan.
     
  • Menguatkuasakan Designated Route dengan segera di kawasan-kawasan yang berisiko di mana pergerakan bot dan kapal mesti mengikut laluan yang dibenarkan sahaja.
     
  • Meningkatkan keupayaan logistik seperti mewujudkan sokongan logistik melalui konsep kapal induk untuk menjadi hab atau pelantar bagi pengisian minyak oleh bot laju tanpa perlu balik ke daratan yang mengambil masa dan kos. - mk

2 comments:

  1. Salam Pakcik Din.

    Akhirnya "pecah dah tembelang"..."bedeah" saje Esscom ni.. takde banyak faedahnya pun... sama aje. Baik le bagi solid authourity kat maritim, Navy ke, perisikan tentera saje jaga pulau-2 & perairan sana nun.

    ReplyDelete
  2. W'salam Hanz

    Ada pun macam tiadanya jua....
    Perabihkan boreh ajer!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa