Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

Hamilton Budak Lumba Yang Aku Minat

Lewis Hamilton Kuasai Litar Catalunya Untuk Rebut Petak Pertama GP Sepanyol
> Ini adalah petak pertama yang keempat dalam lima perlumbaan 2014 untuk Hamilton

> Hamilton 0.168 saat lebih pantas dari rakan sepasukan Nico Rosberg

> Daniel Ricciardo dipetak ketiga

PELUMBA Mercedes Lewis Hamilton semakin memperlihatkan kehebatannya menguasai litar musim ini jauh di hadapan juara dunia Sebastian Vettel apabila dia menduduki petak pertamanya yang keempat dari lima perlumbaan.

Ia adalah petak pertama yang ke-35 dalam karier Hamilton.

Juga sekali lagi dunia menyaksikan bagaimana Hamilton dan rakan sepasukannya, Nico Rosberg bersaing sengit untuk merebut tempat pertama.

Hanya pengalaman yang memisahkan mereka berdua dan bukannya teknologi.

Ini kerana jentera mereka Mercedes sekali lagi membuktikan yang mereka berada jauh dihadapan pesaing-pesaing yang lain dalam perlumbaan kelima musim ini.

Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull dipetak ketiga manakala pelumba Williams, Valtteri Bottas akan bermula di tempat keempat, Romain Grosjean dari Lotus kelima. Ia adalah pencapaian tertinggi Grosjean musim ini.

Pelumba Ferrari Kimi Raikkonen akan bermula di hadapan rakan sepasukannya Fernando Alonso, di petak keenam dan ketujuh diikuti pelumba MCLaren Jenson Button di tempat kelapan dan seorang lagi pelumba Williams'Felipe Massa di petak kesembilan.

Juara empat kali berturut-turut, Sebastian Vettel, di petak kesepuluh selepas keretanya berhadapan dengan masalah teknikal sepanjang sesi kelayakan masa di Catalunya.

"Kereta saya tiada kuasa pecutan," kata Vettel.

Pemandu Force India, Nico Hulkenberg dan Sergio Perez akan bermula di petak kesebelas dan dua belas dengan pemandu Toro Rosso, Daniil Kvyat di petak ketiga belas diikuti Esteban Gutierrez untuk Sauber.

Kevin Magnussen akan bermula di petak kelima belas manakala seorang lagi pemandu Toro Rosso, Jean-Eric Vergne di tempat keenam belas.

Tetapi pemandu dari Perancis itu kemudian telah dikenakan penalti 10 petak ke belakang menyebabkannya terpaksa bermula di petak kedua puluh satu.

Tempat Vergne akan diambil alih oleh pemandu Sauber, Adrian Sutil dan dua pemandu Marussia, Max Chilton dan Jules Bianchi, di tempat ketujuh belas dan lapan belas sementara pemandu Caterham, Marcus Ericsson dan Kamui Kobayashi di petak kesembilan belas dan dua puluh.

SAINGAN GRID 2014 ANTARA HAMILTON & ROSBERG:

GP Australia: Hamilton (1), Rosberg (3)

GP Malaysia: Hamilton (1), Rosberg (3)

GP Bahrain: Rosberg (1), Hamilton (2)

GP China: Hamilton (1), Rosberg (4)

GP Sepanyol: Hamilton (1), Rosberg (2)

- mStar

2 comments:

  1. Helpful information. Lucky me I found your web site by accident, and
    I'm shocked why this twist of fate didn't took place earlier!

    I bookmarked it.

    Feel free to visit my website: dynasty heroes the legend cheats

    ReplyDelete
  2. Greetings I am so excited I found your web site, I really found you by mistake, while I was browsing
    on Aol for something else, Nonetheless I am here now and
    would just like to say many thanks for a incredible post and a all round interesting
    blog (I also love the theme/design), I don’t have time to look over it all at the
    minute but I have bookmarked it and also added your RSS feeds, so when I
    have time I will be back to read more, Please do keep up the superb jo.


    Also visit my webpage; Dragons Rise of Berk Hack

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa