Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 8, 2014

Hudud Gagal Atau Pelaksanaan Yang Gagal?

Adakah apa yang dikanunkan di Melaka adalah Hudud sebagaimana dinyatakan Alqur'an?
Dan bagaimana pula cara penguatkuasaanya pada ketika itu?
Kalau Mamat ni menyalahkan Hudud kerana kegagalan Melaka maka dia wajib bertaubat!

Sejarah Melayu Melaka bukti hudud gagal

 | May 7, 2014
Menurut seorang tokoh akademik UKM, Melaka terjebak dalam jenayah dan rasuah meskipun hudud diamalkan.
BANGI:  Menurut seorang tokoh akademik, Sejarah Kesultanan Melayu Melaka membuktikan hudud gagalmencegah jenayah dan rasuah yang berleluasa.
“Hudud diterapkan di dalam Hukum Kanun Melaka semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.
“Terdapat peningkatan kadar jenayah dan rasuah meskipun hudud dilaksanakan dan ini seterusnya menyumbang kepada kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511,” kata Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu, Dr Faizal Musa (gambar).
Beliau berkata sedemikian semalam dalam satu temuramah eksklusif ketika ditanya berkenaan sejarah pelaksanaan hudud di Tanah Melayu.
Isu pelaksanaan hudud menjadi bual bicara banyak pihak ekoran rancangan kerajaan Kelantan yang ingin melaksanakan hudud menjelang akhir tahun ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub dari PAS menyatakan bahawa dua usul rang undang – undang persendirian akan dibentangkan seawal bulan Jun untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dua rang undang – undang tersebut akan membolehkan pembentukan Mahkamah Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas dengan sejumlah lapan hakim.
Kelantan telah meluluskan Enakmen Undang- undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 untuk hukuman hudud di peringkat negeri tetapi tidak menguatkuasakannya.
Kerajaan persekutuan yang diterajui Umno pula menubuhkan jawatan kuasa teknikal hudud melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa untuk mengkaji pelaksanaan hudud.
Faizal turut menjelaskan bahawa hudud yang dilaksanakan ketika itu ialah hudud Melayu.
“Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah mempunyai elemen Melayu yang tinggi lantas menyebabkan tahap penyeksaan yang lebih tinggi.  Contohnya,  penyeksaan menggunakan tempurung kelapa. Ia lebih kejam,” kata beliau.

5 comments:

  1. mamat ni bagi tau masa tu hudud melayu patut pun jadi lagu tu
    hukum hudud dari Allah pelaksana manusia
    patut la umat Islam diseluruh dunia ni ditimpa bermacam musibah yang dah berkuasa tak mau ikut hukum Allah
    kapir itu ujian bagi umat Islam

    ReplyDelete
  2. Mula2 tuu br ug dlm gelap
    mula2 nya tipu tak nak mengaku
    pastu kantoi buat muka tak malu

    lepas kantoi tipu dgn br ug2
    puak2 lebai terus buat hal lg
    heboh pulak auta pilkuda kat tv
    heboh komunis utk brtindih krusi
    SEMUA tu bg NYAWA pd setan2 dkenali..

    Skrg depa buat hal lg
    hudud mndpt SOKONGAN setan2 la ni
    Mcm lah Tuhan tak tau niat hudud puak2 kaki KLENTONG nih!!!?

    Ada lojik ka pilkuda pi repot TV3
    apasai tak pi repot polis ka?
    sampai laa pilkuda jd fatamorgana
    gara2 sifakeh auta brsandiwara
    edar pilkuda biar lepas gitu sja

    klu dah asyik2 KANTOI brkali2
    gelap2 ug..tipu auta sandiwara bg NYAWA kpd setan2 dkenali..jd poyo poyo buta laa siapa yg masih caya dgn auta puak2 lebai nih!

    ReplyDelete
  3. Mamat sekor ni bebal ke bangang? Kat mana dia belajar sejarah, kat Britain, Portugal, USA atau kat belakang dapur? Cuba tanya professor2 (yang Bukan-Kangkung) atau guru2 sejarah ada ke buku2 teks yang menghuraikan undang2 semasa pemeritahan Sultan Melaka dulu tersimpan di mana2. Yang mamat ni macam tahu sangat bab hudud di Melaka zaman tu dia dapat sumber dari mana? tahu kadar jenayah cukup tinggi masa tu? Heh, dia ni belajar dari Raja Bomuh melalui teropong buluh ke? Konon pakar sejarah, tapi dek nakkan tumpang nama dan mengampu semasa heboh isu hudud dia pun buat cerita mengarut. Takkan dia bebal fakta kenapa Kerajaan Islam Melaka hancur disebabkan oleh pengkhianat2 mamak dan bani melayu yang cuma memikirkan haloba perut macam yang ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. Mamat ini cakap zaman dia tak pernah wujud , semua asas dari baca2 yang di tulis orang yang tahu tulis saja... Mungkin yang di tulis dulu hutut , bukan hudud...

    Ada sama ke undang2 kepala lutut dengan undang2 dari Al Quran ?

    ReplyDelete
  5. kenapa umat islam di mlaysia ni ada golongan yg sanggup mengagalkan hukum hudud di laksanakan..mereka ni tidak takut dgn hukuman di akhirat..hudud bukan manusia yg cipta tetapi allah jgn sampai akhir kalam nanti org yg menentang hukum hudud ni tak boleh mengucap duakalimahsyahadah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa