Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 9, 2014

ISMA Ibarat "Badut sarkas"!

"Badut sarkas" Isma langsung tidak melucukan
Sonia Ramachandran
PETALING JAYA: Sungguh mengagumkan apabila sebuah kumpulan yang terkenal kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan dan tidak masuk akal, memberitahu orang lain (yang bercakap dengan wajar) supaya "jangan celupar".
Inilah apa yang dilakukan naib presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali, apabila beliau memberi amaran kepada pengarah strategik MIC, Datuk Seri S Vell Paari supaya “tidak celupar dalam mengeluarkan sebarang kenyataan”.
Semuanya kerana Vell Paari telah mempertahankan masyarakat Cina selepas presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman melabelkan kaum Cina di Malaysia sebagai "penceroboh".
Vell Paari tidak mempedulikannya dan berseloroh, "Saya menggeletar ketakutan. Tapi secara serius, saya masih percaya bahawa Isma bukan suatu penyakit kelamin, tetapi penyakit menyebarkan hasutan."
Isma telah tersinggung disebabkan kenyataan Vell Paari bahawa apabila beliau pertama kali mendengar nama "Isma", beliau menyangka bahawa ia adalah sebuah penyakit kelamin.
"Saya tidak bergurau. Itu apa yang saya betul-betul fikirkan. Tetapi sekarang saya tahu bahawa Isma bukannya penyakit kelamin, tetapi sesuatu yang jauh lebih buruk. Ia adalah penyakit yang lebih melemahkan, yang jika dibiarkan boleh merosakkan semua yang telah kita capai sehingga sekarang," Vell Paari dipetik sebagai berkata mengenai komen "penceroboh” Isma itu.
Selain memanggil kaum Cina penceroboh, Abdullah juga berkata bahawa nenek moyang kaum Cina Malaysia "bersekongkol dengan British untuk menindas orang Melayu."
"Orang Cina datang ke negara ini dengan British sebagai penceroboh. Siapa yang telah memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan, sehinggakan hasil pencerobohan mereka dilindungi sehingga hari ini?" katanya.
Abdullah berkata ini adalah satu kesilapan yang harus diperbetulkan, tetapi tidak menyatakan bagaimana ini harus dilakukan.
Vell Paari menyifatkan Isma sebagai "seorang lagi badut yang telah menyertai sarkas", tetapi telatah mereka "sangat tidak melucukan."
Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa kenyataan Vell Paari yang menyamakan Isma dengan penyakit kelamin dan badut adalah "sangat keterlaluan" dan seolah-olah mencabar Isma dan masyarakat Melayu Islam secara keseluruhan.
“Apabila dia berkata sebegitu, itu sudah cukup menggambarkan dirinya yang badut dan berpenyakit.”
“Lebih dari itu, saya katakan dia seperti kurang akal dan bersifat kebudak-budakan,” kata Abdul Rahman.
Vell Paari membalas: "Mereka telah menuduh saya kebudak-budakan. Tetapi bagaimana lagi yang boleh saya mendekati orang-orang yang kelihatannya seperti masih memakai lampin, jika dilihat dari intelek mereka?
"Oleh kerana ianya seolah-olah mustahil untuk mereka ini melibatkan diri dalam perbincangan secara terhormat dan matang, saya terpaksa turun ke tahap mereka untuk menyampaikan mesej saya. Kumpulan seperti Isma adalah ancaman kepada negara ini, pandangan serong dan taksub mereka akan meletakkan kita di jalan kebinasaan.
"Oleh itu saya gembira bahawa Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) telah mengarahkan siasatan. Tetapi saya berharap ia bukan hanya percakapan. Mereka yang membuat kenyataan berbahaya dan berunsur hasutan perlu menghadapi tindakan."
Pada 7 Mei, Khalid dilaporkan berkata bahawa Abdullah telah disiasat kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di bawah Akta Hasutan 1948.
Tetapi Vell Paari yang tepat. Siapakah Isma untuk menggelarnya kebudak-budakan?
Bukankah mereka organisasi sama yang menuduh sebuah gereja di Seremban cuba memurtadkan orang Islam apabila iklan muzikal Easter mereka dicetak Bahasa Malaysia, sedangkan gereja itu hanya mengikuti undang-undang majlis perbandaran yang memerlukan mereka menggunakan Bahasa Melayu?
Jadi adakah ianya bukan suatu masalah bagi Isma untuk mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang Cina dan India, yang juga merupakan rakyat Malaysia, tetapi tidak jika kenyataan dibuat terhadap mereka?
Isma, jika anda suka memberi, sedialah menerima kembali jika ada yang membalas.
Sementara itu, bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata bahawa kerajaan persekutuan dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tidak melakukan secukupnya untuk membendung kebencian antara kaum dan agama.
"Itulah tanggapan semasa kini, sewaktu pelbagai pihak semakin berani menyemarakkan emosi dan sensitiviti tanpa disekat," katanya.
Ong yang merupakan penasihat eksekutif Yayasan Bina Nusa Malaysia (YBNM) berkata: "Ia seolah-olah kesungguhan politik 1Malaysia telah benar-benar mati atau menyerah kepada ketaksuban agama dan etnik demi kepentingan politik, yang merupakan satu situasi yang menyedihkan bagi rakyat Malaysia.
Presiden YBNM, Datuk Seri Dr How Kok Choong dan jawatankuasa eksekutif beliau turut menggesa kerajaan untuk segera mengambil tindakan, dan juga badan-badan yang dilantik seperti Majlis Perundingan Perpaduan Nasional, Pergerakan Kesederhanaan Global dan menteri-menteri yang bertanggungjawab untuk mengecam dan mengambil tindakan.
"Jika tidak, ia boleh dilihat bahawa kerajaan dan badan-badan ini hanya bercakap kepada rakyat dan tidak serius mengenai perpaduan negara.
"Kami akan mengambil tindakan untuk bertemu dengan rakan-rakan yang berfikiran serupa dan badan-badan yang dilantik, untuk mengenengahkan betapa seriusnya kebimbangan rakyat, dan memantau keadaan untuk melihat bagaimana kita boleh mencegah pihak yang tidak bertanggungjawab daripada merosakkan kestabilan politik dan kaum negara kita dengan membuat kenyataan berunsur hasutan," katanya.

2 comments:

  1. dulu dulu masa mau bebas dari penjajah tak mau ingat ini semua
    la ni apa macam mau cakap ada susah sikit la
    tapi ini semua jugak adala angin yang ditiup oleh tok dalang
    jangan terkesan sangat dengan helah yang bermadah ini
    belajar dari kesilapan yang lalu

    ReplyDelete
  2. Isma, bila awak buat lawak lucah dan bodoh dan masyarakat menghina awak, tolong jangan libatkan orang Melayu dan Islam.Sebenarnya kumpulan awaklah yang menghina orang melayu dan agama Islam. Kamu memakai nama Islam tapi akhlak dan perangai kamu lebih memalukan masyarakat Melayu dan Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa