Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 15, 2014

Ni Sape Yang Jadi Dajjal Pulak?

KJ tuntut siasatan pada individu ejek azan
6:00PM - 14 May 2014

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengejek azan umat Islam.

Menteri belia dan sukan itu menulis dalam Twitter (kanan) dengan berkata, pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.

Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter dikenali Aji Kedi memberitahu Khairy bahawa siasatan harus bermula dengan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali terlebih dahulu.

Pemilik akaun Twitter itu menegur Khairy, sekali gus menyalahkan tentera siber BN berhubung akaun yang menghina azan itu.

"Ini helah murahan tentera siber BN untuk mencemarkan Pakatan Rakyat. Meletakkan ke tahap serendah ini tidak menjadikan kamu seorang yang berkaliber. Serius," katanya.

Sementara seorang lagi pengguna dikenali sebagai Brian Gomez pula mengheret sama ISMA dalam perbincangan itu. - mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa