Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 17, 2014

Sebab Inilah Aku Tak Heran Bila Ada Manusia Bernama Islam Murtad

Kenapa orang Islam murtad?
16 Mei 2014
SHAH ALAM - Orang yang beragama Islam meninggalkan Islam bukan kerana merasa agama lain itu lebih bagus daripada Islam, kata Dekan Hal Ehwal Akademik AlMaghrib Institute di Texas, Amerika Syarikat, Dr Sheikh Yasir Qadhi.

Menurutnya, kebanyakannya individu itu lahir dalam keluarga Islam namun tidak menjadi orang Islam yang sebenar.

"Orang Islam yang meninggalkan Islam dan menganut agama lain sebenarnya mereka tidak pernah mempraktiskan Islam yang sebenar.

"Mereka lahir dalam keluarga Islam dan diberi nama Islam tapi dia tak pernah menjadi Islam yang sebenar," katanya pada ceramah umum di Dataran Ilmu Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau menegaskan, tidak ada orang Islam yang pernah merasai kemanisan iman akan meninggalkannya.

"Tak pernah berlaku, mereka masuk agama lain kerana merasa agama Islam ini salah dan agama lain itu betul. Tidak pernah.

"Ingat ini, sekali kita dah rasa iman, kita tak akan pernah merasai sesuatu yang lebih manis daripada iman," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa