11:30AM Jul 23 2015
oleh Edmund Lee
PANDANGAN: Ideologi negara Malaysia, Rukunegara dibentuk dengan matlamat untuk
menjadi panduan kepada usaha pembinaan negara bangsa. Rukunegara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong IV.
Janji Rukunegara seperti berikut:
"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-Undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Ini ialah versi rasmi tentang Prinsip Negara yang wujud dalam laman web.
Setiap keluarga, setiap komuniti, setiap negara mempunyai prinsip dan nilainya yang tersendiri yang disebarkan dan diamalkan bagi memastikan kebaikan, kesaksamaan, keadilan dan perpaduan wujud untuk kebaikan bersama buat semua.
Pendek kata, prinsip-prinsip ini memastikan kewujudan dan kelangsungan semua orang- negara dan rakyat.
Maka kerana itu sangat penting bagi mereka yang berkuasa terdiri daripada golongan yang berkarakter unggul yang meletakkan negara dan rakyat yang dipimpin mendahului diri mereka sendiri.
Singkatnya, mana-mana pemimpin yang menggadaikan prinsip ini tidak lagi boleh memegang kuasa dan perlu berundur secara terhormat, jika mereka masih mempunyai maruah dalam diri.
Korea dan Jepun ialah dua buah negara yang benar-benar mengamalkan amalan ini sejujurnya- pemimpin yang ‘tercemar’ akan meminta maaf dan berundur daripada jawatan mereka, ada sesetengah mereka malah membunuh diri dalam proses itu, untuk membersihkan dan menyelamatkan nama keluarga dan reputasi mereka.
Tetapi bukan di Malaysia- dimana Perdana Menteri kita dan orang bawahan yang setia membuta tuli telah memalukan negara dengan berterusan menafikan penglibatan dan kesilapan mereka dalam skandal 1MDB walaupun terdapat banyak bukti jelas berwibawa yang menyabitkan mereka.
Sangat menyakitkan untuk menyaksikan ‘whistleblower’ yang mahukan keadilan dimalukan dan dilayan dengan hukuman seperti penjenayah sedangkan “cabang undang-undang” terus membutakan mata kepada mereka yang telah pun terbukti melakukan jenayah.
Penipuan demi penipuan berterusan diputar belit sebagai kebenaran oleh kumpulan “pakar-pakar perhubungan awam” Perdana Menteri kita yang terdesak.
Tanpa segan silu bukti dokumen disifatkan sebagai “pemalsuan” dan tidak boleh dipercayai. Malah orang yang tidak boleh dipercayai yang mengeluarkan kenyataan video untuk menafikan dakwaan salah guna yang terbongkar.
Kita telah diajar untuk menceritakan kebenaran dan tidak menipu, kerana kita perlu mengeluarkan 10 penipuan yang lain hanya semata-mata untuk menutup satu penipuan utama.
Sejak skandal 1MDB terbongkar, Perdana Menteri kita dan menteri-menterinya yang garang tetapi setia membuta tuli telah menggali lubang demi lubang penafian salahlaku sedangkan budak sekolah pun tahu dan sedar beza antara kebenaran dan penipuan.
Skandal 1MDB akan menjadi isu yang semakin sukar selepas begitu banyak kejadian yang berlaku.
Bagaimanapun, dana awam yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri telah dibalas dengan jawapan yang mengelirukan yang menafikan dana itu telah digunakan untuk tujuan peribadi.
Pendekatan yang jujur, menyanjung kebenaran dan mudah perlu diberikan kepada rakyat seperti penafian terang-terangan berserta bukti kukuh untuk menafikan dakwaan itu.
Semudah itu yang mahu diketahui oleh rakyat.
Kebenaran semata-mata.
Jawapan mudah “ya” atau “tidak”.
Ini pun tidak dilakukan sehingga kini.
Bagaimana kita mahu meletakkan masa hadapan dan nasib negara kita ke dalam tangan pemimpin-pemimpin yang gemar menafikan semua perkara sedangkan kita sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada mereka?
Bagaimana kita masih boleh membenarkan pemimpin-pemimpin ini terus mempermainkan prinsip-prinsip negara untuk terus mentadbir?
Bagaimana kita boleh menjadi patriotik sedangkan kita memilih untuk berdiam diri kepada banyak salah laku yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini yang sepatutnya menunjukkan tahap patrioktik yang lebih tinggi berbanding kita dalam mempertahankan nilai dan prinsip yang menjadi asas pembentukan Malaysia?
Saya memilih untuk tidak berdiam diri. Saya memilih untuk menulis rencana ini kerana saya cintakan negara ini dan nilai serta prinsip yang selama ini kita pegang untuk menjadi satu negara bangsa.
Ia mungkin sekadar setitis air dalam lautan luas tetapi titis air yang banyak inilah yang membentuk ombak ganas.
Adakah lebih banyak titis air yang akan muncul?
Saya percaya akan wujud.
Nilai dan prinsip tidak mati atau hilang sebegitu mudah.
Ianya kekal bertahan dalam ujian masa.
Afdhal percaya MAT BAHALOL dulu dan biar kan diri sendiri jadi BODOH supaya Mat Bahalol boleh enjoy sakan anak bini duit Rakyat 42 BILION...
ReplyDeleteKepala Otak !!!!!