Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Zairil memikat.......

Zairil tambat hati rakyat Malaysia di kota London
11:30AM Jul 25 2015
oleh Mariam Mokhtar

FOKUS: Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera merupakan senjata sulit DAP, bagi menambat hati orang Melayu agar kurang bercirikan Cina. Samada pemuda berusia 33 tahun itu dan rakan-rakannya, baik tua atau muda, mampu melaksanakan usaha DAP merubah penampilan dengan berjaya merupakan perkara lain. 

Baru-baru ini, Zairil memberi syarahan kepada rakyat Malaysia di kota London, bagi memberi maklumat terkini tentang perkembangan di tanahair. Beliau telah berada di Jerman selama seminggu bersama beberapa orang lagi dari Asia Tenggara, bagi mengkaji hasil penyelidikan di beberapa institusi. Beliau ke sana atas jemputan kerajaan Jerman. 

Zairil berucap tentang Malaysia pasca PRU13; ketidaktentuan politik, ketegangan kaum, tekanan terhadap Najib Razak, pendapatan median rendah di Malaysia pada paras RM1,700, tekanan ekonomi akibat penurunan nilai ringgit dan harga bahan bakar. Beliau menyentuh soal wang rakyat digunapakai bagi menyelamatkan GLC, perlaksanaan GST, tentang populasi yang tidak biasa membayar cukai. 

Beliau berucap tentang krisis kepimpinan dua parti Melayu terbesar di negara, dan peningkatan golongan konservatif yang menaikkan kemarahan Malaysia. 

Wilfred Michael Netto, yang bekerja di bidang kewangan berkata, “Beliau berinteraksi dengan baik, dan saya tidak menemui sesiapa yang kurang gemar dengan persembahanannya.

“Beliau masih muda dan baru dalam politik. Mungkin saya tersalah. 

“Selaku muka baru DAP, dan juga ahli politik sedang meningkat, beliau akan bawa idea baru apabila pembangkang merampas kuasa. 

“Beliau cadangkan pendekatan baru proses mengundi di Malaysia, di mana parti politik membentuk gagasan di peringkat negeri dan persekutuan. Sistem ini berjaya diamalkan di Jerman, tetapi perlu penyelidikan, sebelum diamalkan di Malaysia, di mana kaum, agama dan institusi DiRaja memainkan peranan utama di dalam politik.

” Karis Wong, dari golongan profesyenal muda di London berkata, “Beliau mahir menjawab soalan kontroversi dari tetamu, banyak yang dianggap sensitif. Beliau tenang, meyakinkan dan tidak kaget. 

“Beliau berfikiran terbuka dan pendekatannya menunjukkan kematangan, walaupun masih muda. Beliau pemimpin baik. Tidak bereaksi apabila diprovokasi, dan perbincangannya membuka mata.

“Berkenaan pendidikan vernakular, katanya, ibubapa perlu diberi ruang memilih sekolah.

“Saya harap Zairil mampu melakukan reformasi kepada parti, secepat mungkin, agar rakyat tidak kecewa.

”Azzam Ahmad, akauntan muda berkata, “Ia majlis yang baik. Zairil memetik Tony Blair yang berkata ‘Ini era politik yang perlu bekerja.’ Saya bersetuju.

“Jenerasi hari ini perlu perubahan pantas. Apabila gajet rosak, yang baru dibeli. Kami cepat mengubah teman wanita atau teman lelaki, yang tidak disukai. Kami cari kerja baru. Zairil mewakili aspirasi golongan muda di bandar.”

“Zairil tampil selaku ahli politik Melayu yang sanggup bekerja bagi kebaikan Malaysia, tanpa dasar berasaskan kaum. Amat mengujakan melihat ahli politik Melayu yang mencabar sifat konservatif Muslim.

”Mo Sivas seronok dan berkata, “Dua perkara menarik perhatian saya. Pertama, Zairil berpandangan Barisan Nasional telah ketinggalan zaman. Beliau cadangkan pakatan baru, yang mampu dibentuk sebelum dan selepas pilihanraya. 

“Selaku jurucakap DAP bagi pendidikan, saya kecewa sedikit dengan wawasannya bagi memperbaiki sistem pendidikan nasional. Kita bersetuju terdapatnya masalah, tetapi apabila didesak samada beliau menyokong konsep sistem vernakular, beliau berkata menyokong pilihan dan tahap pengajaran yang tinggi.

“Kepimpinan perlukan keberanian. Keberanian diperlukan bagi memperbaiki masalah yang membelenggu kepentingan negara, dan bukan kepentingan sempit. Pendidikan vernakular popular dan mendapatkan undi bagi DAP, tetapi ahli politik perlu berani berkata sekolah berasaskan kaum tidak membantu membina negara.

”Seorang peguam veteran berkata “Zairil mengkritik PAS, kerana mahu melaksanakan hudud, tanpa berunding dengan rakan Pakatan Rakyat. Jadi dalam konteks tersebut, Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi ditadbir Pakatan. 

“Halangan terbesar di Malaysia ialah usaha transformasi, katanya, di mana kerajaan dan pembangkang berdepan masalah dalaman. Formula lama sudah lapuk dan trend terkini ialah bagi pemecahan kuasa.

“Masa depan lanskap politik mungkin bagi gabungan sementara di kalangan parti-parti kecil di peringkat pusat dan negeri, yang dijalin dengan kontrak bertulis. Zairil berkata model politik Jerman mungkin perlu dikaji.”

1 comment:

  1. Zairil ini ada Otak Cina darah melayu cina pon ada.

    Otak Cina ini ber kembang saja tu sebab sekarang zaman China jadi Kuasa Ekonomi Dunia No2 selepas Amerika

    Melayu UMNO PAS nak jadi kuasa besar Nasi Lemak pon gagal sudah pada MAMAK

    Melayu elok jadi juara ikat kainSerban saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa