Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 17, 2015

Peguam 'bangang' kena tibai

Tuan peguam! Pukul orang itu ‘berseronok’?
03:30PM Jul 17 2015
KOMEN pembaca Semut Harian

Wan Taha Mahmood: Biar betul?! Apa yang sedang berlaku kepada negara yang kita cintai ini? Masih adakah harapan untuk masa depan?
Adakah kita akan membiarkan tingkah laku samseng sebegini atas nama keseronokan hidup orang muda?
Sarawakianlass: Saya tidak fikir mereka merancang untuk menyebabkan rusuhan, tetapi sejak bilakah perbuatan mencuri sama dengan "bersenang-senang" bagi sesetengah orang? Jika masyarakat membiarkannya, maka habislah negara ini!
Semuaok: Siapa yang membayar ikat jamin RM3,000 itu? Sekiranya duit itu diberi sebelum itu, dia tak perlu mencuri.
Joe See: Peguam ni tak masuk akal! Apa reaksinya jika ada orang membelasahnya dan mengatakan bahawa dia hanya "berseronok”?
Tc Ling: Saya rasa Majlis Peguam perlu membatalkan lesennya kerana dia tak masuk akal dan mencalarkan nama profesion itu.
Francis Verghese: Pasti pendapatnya berbeza jika anggota keluarganya sendiri yang cedera dalam kejadian itu.
Hock Soon Tan: Tiada manusia yang waras akal fikiran akan mengatakan perbuatan memukul manusia lain sebagai "berseronok"!
Saya rasa peguam ini perlu untuk menjelaskan kenyataan beliau.
Prakash Kash: Peguam ini mencemarkan nama profesionnya!
Connie Yong: Saya mahu berseronok, mahukah anda benarkan saya memukul anda?
Tham Yew Fook: Lucutkan dia dari kes itu, peguam ini langsung tidak membantu anak muda yang keliru itu. Nampaknya dia akan menjadikannya satu raksasa yang lebih dahsyat.
Christopher Tan: Jika kita tonton video kejadian itu, kita akan nampak kemarahannya... untuk mencederakan orang.
Dia sama sekali tidak kelihatan seperti sedang berseronok. Dia adalah samseng yang mahu menyakiti orang lain.
Choo Keang Wooi: Bagaimana jika ada orang yang mati dalam kejadian itu? Dan siapa yang akan membayar ganti rugi bagi kereta orang ramai yang tidak bersalah yang telah dirosakkan?
Satu jenayah telah dilakukan, semoga keadilan ditegakkan.
Kiong Lee: Jika ini menjadi satu permulaan, saya bimbang bahawa suatu hari nanti ada orang akan mempertahankan semua pesalah muda atau remaja dengan mengatakan "mereka hanya berseronok, biarkanlah mereka."
Patrick Lai: Memukul orang dan mencuri adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh "berseronok dan bergembira" semahunya dalam penjara!
Lew Kar Keong: Kita tidak seharusnya menggalakkan belia sepertinya kerana ia hanya akan menggalakkan orang lain, dan mereka kemudiannya akan menimbulkan masalah besar kepada masyarakat.
Mereka perlu diberi kaunseling dan dimasukkan ke dalam institusi-institusi pemulihan.
Ethan Hunt: Mahu atau tidak, isu ini lebih sekadar kecurian dan telefon bimbit.
Ia adalah mengenai kebencian yang merebak di kalangan kita. Kes ini adalah salah satu daripada sebab-sebab mewujudkan percikan, dan mungkin mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB.
Kita semua harus kekalkan tumpuan kita.
Yudesh Vasudiwan: Anda harus baca sokongan yang diberikan kepada peguam dan tertuduh, dalam laman-laman FB tertentu. Ia langsung tidak masuk akal sehinggakan anda fikir yang mereka melawak.
Nigel Ng: Peguam ini tidak layak berada dalam profesionnya. Majlis Peguam harus melihat komennya dan tindakan perlu diambil terhadapnya.
Nyoheu Regem Ferdinand: Sukar untuk percaya beberapa peguam pada masa kini. Ingat Lingam "Nampak macam saya, bunyi seperti saya, tetapi bukan saya" yang terlepas begitu saja?
Thomas Lee: Terus terang saya katakan, cara dia mempertahankan tindakan anak guamnya membuat saya rasa seperti nak muntah.
Shanti David: Mari pukul orang dan kemudian kata, "Hoi mangkuk, kami hanya berseronok!"
Saya tertanya-tanya dari mana beberapa peguam mendapat ijazah mereka. Timbuktu?
Peguam ini hanya perlu dibuang negeri dari Malaysia. Kita tidak memerlukan golongan "profesional" sepertinya di negara kita.
Fizzi Teh: Seorang peguam yang bersikap profesional tidak akan memberi komen sebegitu. Hanya peguam suam-suam kuku akan berkata sebegitu.                                                      
Raaj Nava: Salahkan kelayakan kemasukan dan kelulusan yang lebih rendah dalam pendidikan undang-undang, atas jenis peguam yang sedang negara kita hasilkan.
Ooi Beng Liang: Apa kata Majlis Peguam mengenai peguam ini?
Komen-komen ini diberikan oleh pembaca artikel, “Beating people up is ‘enjoying life’, says ‘stupid’ lawyer” yang diterbitkan pada 15 Julai.

2 comments:

  1. Bukan swmua Lawyer tu ada Otak

    Kalau muka DUMBNO , tak ke mana pon

    ReplyDelete
  2. Kena buat undang2 bahawa kebodohan adalah satu jenayah yg boleh dipenjarakan. Satu masa dahulu loyar, majistret, doktor, inspektor, professor secara otomatik dikategorikan sebagai org cerdik dan dihormati. Hari nie kumpulan2 nie selalu dipersoalkan kebijaksanaan intelektual mereka. Inilah tahap pendidikan kita. Not only everyone can fly, everyone can enrol into university as well.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa