Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Sebenarnya sape yang tipu rakyat ni?

Tidak mustahil The Edge tipu rakyat Malaysia – Rahman Dahlan

 | July 24, 2015
Sebuah organisasi berita tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan tidak sepatutnya menipu dalam mendapatkan maklumat.
RAHMAN-DAHLAN_the-adge_1mdb_600
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak mustahil untuk akhbar The Edge menipu seluruh rakyat Malaysia.
Ini kerana, katanya, akhbar itu telah melakukan perkara yang sama iaitu berbohong kepada penjenayah licik, Xavier Andre Justo bagi mendapatkan maklumat mengenai laporan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Sebuah organisasi berita tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat, tetapi mereka juga tidak sepatutnya menipu dalam mendapatkan maklumat,” katanya.
Beliau yang memuat naik status di Facebooknya juga menyatakan reputasi akhbar tersebut menjadi taruhan apabila mereka menipu bagi mendapatkan maklumat yang dicuri.
Katanya, The Edge sepatutnya menjelaskan maklumat yang diperolehi dari awal lagi dan mengisytiharkan bagaimana mereka memperolehi maklumat tersebut.
“Memalukan apabila The Edge tidak menjelaskan perkara tersebut dari awal. Hanya apabila Justo mendedahkan segala kesalahannya, The Edge bertindak melindungi kesalahan mereka
“Mereka mengeluarkan laporan itu untuk beberapa bulan demi kepentingan politik dan berharap tiada siapa tahu siapakah Justo (bekas kakitangan PetroSaudi International).
“Sekarang, dalam keadaan terdesak, mereka berkata penerbitan maklumat yang dicuri dan yang diragui adalah perkara yang bermaruah,” katanya.
Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan itu ekoran The Edge mengaku bahawa akhbar itu memperdaya Justo untuk mendapatkan dokumen berhubung 1MDB.
Kementerian Dalam Negeri telah menggantung penerbitan The Edge selama tiga bulan kerana dua laporan berkenaan 1MDB didakwa telah menganggu ketenteraman awam.

5 comments:

  1. LAHANAT TU TETAP LAHANAT

    Hidup tak tahu ber SYUKUR

    Kesian mereka mereka ini BER FIKIRAN JAHILIYAH

    ReplyDelete
  2. Bukan ganggu ketenteraman awam...tapi ganggu ketenteraman NAJIB dan AMENO

    ReplyDelete
  3. Reputasi PENYAMUN telah terhina....Reputasi THE EDGE, WOW!! HEBAT KERANA BERJAYA MEMPEDAYA GENG PENYAMUN WANG NEGARA.
    KDN di gunakan kerana takut pendedahan seterusnya MEMBESARKAN LAGI KEMALUAN PIHAK PENYAMUN.....

    Gitu LAH agaknya.... ulasan ini atas kemampuan otak rakyat biasa yang kurang bijak dalam hal putarbelit kewangan....
    Maaf LAH yee....sempena hari raya aidilfitri ni.

    ReplyDelete
  4. Reputasi PENYAMUN telah terhina....Reputasi THE EDGE, WOW!! HEBAT KERANA BERJAYA MEMPEDAYA GENG PENYAMUN WANG NEGARA.
    KDN di gunakan kerana takut pendedahan seterusnya MEMBESARKAN LAGI KEMALUAN PIHAK PENYAMUN.....

    Gitu LAH agaknya.... ulasan ini atas kemampuan otak rakyat biasa yang kurang bijak dalam hal putarbelit kewangan....
    Maaf LAH yee....sempena hari raya aidilfitri ni.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula dengan akhbar dan agensi berita Malaysia ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa