Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 18, 2015

Sirul dianiaya: Isu manarik, tapi sapakah yang akan bongkar?

Sirul dianiaya-Mak Long Piah

 | July 18, 2015
Naluri keibuan dan perwatakan Sirul menyakinkan Piah anaknya tidak membunuh Altantuya Shaariibuu
mahathir_sirul_600
PETALING JAYA: Berdasarkan naluri, perwatakan dan hubungan yang rapat antara anak dan ibu, Piah Ahmad yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Jelasnya, perkara yang sama turut diakui mereka yang rapat dengan anaknya, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pertemuannya sebelum ini, Dr Mahathir menzahirkan perkara itu kerana cukup mengenali Sirul yang pernah bertugas sebagai salah seoranng pengawal peribadinya.
“Tun beritahu, dia (Sirul) budak baik. Dia duduk kerja dengan Mahathir banyak tahun. Tun kata, takkan dia (Sirul) nak buat orang macam ini, walaupun setelah menerima arahan,” kata Mak Piah,” katanya ketika ditemu ramah wartawan FMT.
Ulasnya lagi yang dikenali sebagai Mak Long Piah oleh masyarakat setempat, dalam pertemuan dengannya di Australia beberapa bulan lalu, berkali-kali Sirul menafikan melakukan perbuatan itu.
Meskipun Mahkamah Persekutuan pada Januari lalu memutuskan anaknya bersalah atas tuduhan membunuh dan dikenakan hukuman mati namun, dia yakin dengan nalurinya sebagai seorang ibu, bahawa Sirul terainaya.
Bahkan katanya yang kini menginjak usia 73 tahun, sejak anaknya dituduh, kawan-kawan rapat dan teman setugas dengan Sirul juga mempunyai tanggapan yang sama.
“Mak Piah yakinlah, sebab apabila ditanya, dia pun tidak mengaku bahawa dia buat (bunuh Altantuya). Malah, kawan dia yang bekerja sebagai pegawai polis juga tidak percaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa