Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Dengan pimpinan sekarang, adakah PAS mampu pulihkan reputasinya?

Bertindak sebelum PAS hilang sokongan pengundi Melayu dan Cina - Mahfuz
Bertindak sebelum PAS hilang sokongan pengundi Melayu dan Cina - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar menggesa pimpinan PAS untuk menumpu pada pengundi Melayu Islam dan pulihkan kepercayaan pengundi Cina untuk menang dalam PRU ke 14.
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar hari ini menggesa pimpinan PAS untuk memberi tumpuan dan mengawal pengundi terasnya iaitu Melayu Islam agar tidak hilang sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 di samping berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi Cina.

Menurut Mahfuz, ekoran krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) pimpinan PAS dilihat seolah-olah berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.

“Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

“Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) membayangkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan gerakan tersebut.

“Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam GHB dan pimpinannya akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap GHB.

“Ini akan menyebabkan berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, jika dilihat dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, parti tersebut boleh merasakan 'syok sendiri' kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS.

“Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam,” katanya.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB, juga  telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan.

Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.

Akan terpakaikah bai'ah talak sekiranya jadi begini?: 

BACA: Ahli PAS mempromosi pembentukan parti lain akan digugur keahlian - Tuan Ibrahim


BACA: GHB serah memorandum mohon Siasatan Diraja dalam isu 1MDB

B
ACA: Bai'ah PAS: Cerai isteri talak tiga jika sertai GHB - Abdul Fatah

B
ACA: GHB bukan parti serpihan PAS - Asmuni Awi

3 comments:

  1. Tak kemana pun sokongan pengundi, kalau tak sokong PAS mereka sokong GHB atau mereka berpaling kepada umno, tiada value added untuk Pakatan Baru 2.0 bahkan ianya memberi nyawa kepada umno-bn. PAS lawan GHB dan umno, usaha pemimpin kecewa ni hanya memenangkan umno semata-mata, goyang kaki pun boleh menang kerana GHB bukan lawan umno tapi PAS lah musuh mereka. Ini semua foyyo....kerja sia-sia.

    ReplyDelete
  2. Semenjak Pas jadi perkakas umno...ulama2 Pas dah sama tahap dgn pecacai umno...
    Pasdskrg serupa Pas 30 tahun dulu...parti lebai kampong yg tersontot..

    ReplyDelete
  3. Selagi pemimpin PAS kuat emosi bagai Janda ke hilangan teman Bangla nya , selagi itu lah PAS lari jauh dari tujuan asal penubuhan nya

    Mahfuz sebaik nya fokus kepada pengembangan GHB dan henti ber cakap berkenaan PAS

    Rakyat sudah bijak ber fikir dan kebenaran sudah keluar jelas. Orang TOLOL saja akan ber sama PAS dan ikang ikang Terengganu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa