Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 28, 2015

"Jangan kutuk orang yang dahagakan maklumat kerana siapa yang faham isu ini?" - TPM

Muhyiddin hanya mahu nyatakan kebenaran
OLEH NORLAILI ABD RAHMAN DI KUALA LUMPUR - 27 JUL 2015

"Isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) ini jika tidak diselesaikan akan menjadi beban kepada parti tetapi untuk menyelesaikannya juga adalah satu beban kepada kita," kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui parti pemerintah itu sedang mengalami masalah persepsi yang teruk berikutan skandal yang melibatkan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu.
Tambahnya, dengan pilihanraya umum ke-14 yang sudah tidak sampai 30 bulan lagi, keyakinan rakyat terhadap UMNO perlu dipulihkan segera tambahan pula harapan tidak boleh lagi disandarkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain kerana sedang berhadapan dengan masalah dalaman sendiri.
Menurut Muhyiddin, berdasarkan kajian serta maklum balas rakyat yang didapatinya, Barisan Nasional sukar untuk memenangi pilihanraya akan datang sekiranya isu-isu yang membelenggu parti berkenaan tidak ditangani dengan betul dan segera.
"Jika kita tanya orang di jalan luar sana, apakah mereka menyokong kita, anda rasa apa jawapan mereka? Jika ditanya apakah kita boleh menang jika pilihanraya diadakan esok? Kita akan kalah.
"Tetapi tak mengapalah sebab kita masih ada kira-kira dua tahun lebih lagi sebelum pilihanraya cuma kalau kita tidak bertindak segera, kita memang akan kalah. Masa terlalu cepat berlalu," tegasnya lagi.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan penutupan Mesyuarat Bahagian UMNO Cheras malam membuka "rahsia" yang beliau selama ini sering membangkitkan isu tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri kabinet yang lain semasa mesyuarat mingguan mereka.
Malah Muhyiddin pernah menasihatkan Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pelaburan 1MDB bagi mengelakkan imej perdana menteri itu serta parti terpalit dengan skandal yang disifatkan terbesar dalam sejarah negara.
Bagaimanapun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh Najib dan sehingga ke hari ini Najib masih memegang jawatan tersebut yang membawa erti beliau turut terlibat secara langsung dengan 1MDB.
Katanya, kekurangan maklumat mengenai operasi dan masalah yang dihadapi oleh firma tersebut membuatkan orang ramai termasuk beliau tercari-cari informasi dari semua tempat.
Ini disebabkan tiada pihak yang benar-benar memahami isu yang melanda firma berkenaan.
"Jangan kutuk orang yang dahagakan maklumat kerana siapa yang faham isu ini? Saya sendiri terpaksa mendapatkan dari pelbagai sumber termasuk membaca laporan The Edge tetapi ada menteri yang menegur saya, laporan The Edge salah. Jadi saya tanya, apa cerita sebenar? Tiada yang boleh menjawab.
"Begitu juga apabila pihak itu kata dokumen tertentu telah diubah atau dipalsukan tetapi tiada siapa tampil menunjukkan dokumen asli.
"Saya kesian apabila Menteri Kewangan atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan buat kenyataan, esok dah kena kilas. Lepas itu, sudah tidak tahu hendak jawap apa lagi kerana tiada seorang pun yang benar-benar memahami isu dan masalah 1MDB," katanya sambil memambah sebagai anak seorang guru agama, beliau sentiasa berpegang kepada pesanan ayahnya yang mahu beliau menyatakan perkara yang haq biarpun terpaksa menggadaikan kedudukannya.
Jelas Muhyiddin, tindakan beliau menyuarakan pendapat mengenai isu berkenaan bukanlah bermakna beliau mahu menjatuhkan Perdana Menteri sebaliknya mahu memberi amaran keras kepada semua pihak supaya menangani isu berkenaan dengan segera seterusnya mengukuhkan kedudukan parti bagi menghadapi pilihanraya ke-14.
Trend pada pilihanraya ke-13 yang lalu menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional semakin merosot dan banyak kajian bebas yang dijalankan memberi gambaran parti pemerintah itu menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kuasanya.
Tambah Muhyiddin beliau tidak mahu berlaku pertembungan di antaranya dengan Najib kerana keadaan parti sangat lemah ketika ini.
"Saya menyokong perdana menteri tetapi saya cuma menyuarakan apa yang rakyat suarakan. Kebimbangan mereka, kekeliruan dan kerisauan mereka kini sudah menjadi kebimbangan, kekeliruan dan kerisauan saya.
"Saya kelihatan tidak selalu bercakap mengenai isu ini di tempat awam kerana tidak mahu kenyataan saya diputar belit tetapi hampir setiap minggu saya membangkitkannya di mesyuarat jemaah menteri. Isu ini serius. Terlalu serius. Ini soal hutang RM42 bilion, isu persepsi rakyat kepada kita.
"UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat. Kita perlu cepat-cepat kembalikan keyakinan tersebut," katanya lagi.
Beliau memberi gambaran hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu boleh membiayai belanjawan negeri Johor selama 42 tahun.- MalaysiaGazette

2 comments:

  1. Tahu. Kita faham semua itu. Tapi, tak perlulah cakap depan publik. Sekarang, apa persepsi orang? Puas hati? Nampaknya kita perlu belajar politik lagi. Jangan cepat terpengaruh dengan Tun tua yang kerjanya suka menyucuk tu. Apa lagi yang dia nak? Soalan bagaimana keluarganya tiba-tiba boleh jadi bilionar pun masih tak terjawab lagi. Jadi, orang No. 2 kenalah sabar sedikit. Jangan gelojoh sangat. Ingat tak lagi bagaimana Tun tua sumbatkan orang No. 2 nya di penjara?

    ReplyDelete
  2. Muhyideen kena panggil UNDI PERCAYA di Parlimen

    Ini langkah BERANI MATI tapi sebagai Orang Islam tak perlu takut sebab AJAL REZEKI MILIK ALLAH SWT tu sebab kena TAWAKKAL

    Macam lah nak buat anak , tiap tiap malam ber senggama tak makna dapat anak.

    Muhyideen kena yakin akan kehidupan Islam nya kerana DAJJAL selalu menduga kekuatan iman umat umat Islam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa