Published: 16 July 2015 3:38 PM
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta maaf dan merayu ahli PAS supaya kekal dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Julai, 2015.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada semua ahli PAS atas krisis yang sedang dihadapi parti itu sekarang ini dan memujuk mereka agar tidak meninggalkan parti.
Timbalan presiden PAS itu berkata, ahli-ahli tidak perlu meninggalkan parti kerana pemimpin yang tidak mereka sukai akan pergi juga satu hari nanti.
"Kepada ahli-ahli parti, saya mewakili barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu dan lama memohon maaf atas krisis yang sedang dihadapi parti pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Pemimpin datang dan pergi. Yang ada hari ini akan pergi jua satu hari nanti."
Kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menubuhkan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) – medium sementara sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan sebuah parti baharu .
Tuan Ibrahim dalam ucapan sempena hari raya itu berkata, hari raya tahun ini berbeza dengan yang sudah-sudah.
"Hari Raya ini cukup berbeza kerana negara hari ini berada di dalam persimpangan dan rakyat pula terjerut di tengah-tengahnya. Hari ini Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah."
Menurut Tuan Ibrahim yang berada dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS lalu, negara berdepan dengan kelemahan nilai ringgit dan ketidakyakinan pelabur kesan daripada kemelut politik.
Kepimpinan negara pula, katanya, menghadapi masalah integriti, tuduhan rasuah dan tidak amanah dalam kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji dan lain-lain.
"Institusi-institusi kerajaan berdepan dengan masalah defisit kepercayaan rakyat dan kredibiliti, termasuklah Bank Negara, hanya kerana kemelut 1MDB. Tugas mereka umpama kertas membalut api."
Di tengah-tengah kemelut ini, katanya, terjadilah pula insiden Low Yat yang cuba diambil kesempatan sesetengah pihak untuk menghidupkan api perkauman yang dahsyat.
"Khazanah negara termahal iaitu kepelbagaian dan keharmonian rakyatnya cuba diroboh sekadar cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang sedang melanda negara."
Menurut Tuan Ibrahim, ketika Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah, parti-parti pembangkang turut berpecah.
"Kerjasama yang terjalin sejak 2008 kini goyah dan tidak menentu. Apapun kerja melawan kezaliman dipercayai akan terus dipergiatkan sehingga PRU14.
"Kita tetap sahabat, walaupun bukan ahli keluarga," katanya dilihat cuba memujuk agar kerjasama boleh terus terjalin di kalangan parti pembangkang ketika PAS berpecah dua. – 16 Julai, 2015.
TITM sahaja yg beranggapan begitu. OLARMAK yg lain tidak ada lansung yg bermaksud begitu. Kesian TITM kesorangan.
ReplyDeleteTITM sahaja yg beranggapan begitu. OLARMAK yg lain tidak ada lansung yg bermaksud begitu. Kesian TITM kesorangan.
ReplyDeleteTITM sahaja yg beranggapan begitu. OLARMAK yg lain tidak ada lansung yg bermaksud begitu. Kesian TITM kesorangan.
ReplyDeleteSatu persoalan. Mengapa yang menghina dan yang menuduh perkara yang bukan-bukan tidak memohon maaf? Mengapa perlu ada wakil? Sudah tahu pun negara menghadapi pelbagai masaalah mengapa ditendang keluar kumpulan yang kamu labelkan geng pro? Mengapa tidak dicari titik pertemuan dalam melawan kemungkaran. Encik-encik lebai saya rasa luka telah lama ditoreh, darah sudahpun mengalir, pedih masih terasa dan air limau nipis masih dicurahkan ketempat yang luka. Tak payahlah merayu. Sedangkan perkara ini adalah kehendak tuan-tuan dan juga inilah yang tuan-tuan rancang sejak 2 tahun yang lalu. Selamat maju jaya.
ReplyDeleteDari TMTI menasihatkan ramai org jgn keluar parti, kan lebih baik menasihatkan President letak jawatan. Bukankah lebih baik seorang harus berkorban daripada lebih ramai yg terkorban utk menyelamatkan keadaan?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. inilah seorang pemimpin yg benar2 berhemah tinggi .. walaupun diri tidak bersalah namun begitu sanggup merendah diri memohon maaf.. inilah hamba Allah yg sebenar2 sejati..
ReplyDeleteSebaliknya pula oleh golongan yg nak menubuhkan parti baru.. terang2 melakukan kesalahan tapi masih perasan kononnya empunya diri masih diperlukan parti lalu tergamak utk kekal dlm parti... nak mengaku salah pun tidak dan nak mohon maaf jauh sekali..
Yer mmg TMTI berhemah tinggi tetapi tidak yg lain.
DeleteKenapa kami yg konon tergolong dlm golongan jebon ni...syiah..munafik...sekular yg dihina yg tendang dimaki perlu pula minta maaf kerana dihina?
Pelik sungguh....mcm perangai Umno. Org yg kena tuduh kena fight utk buktikan diri...
ReplyDeleteINI ularrrrrrr
ITU pon ularrrrrrr
Woit, mrk itu semua ularrrr
INI ularrrrrr sudah "BELIT" mahu mintak maaf
Jap lagi ddlm KHUTBAH eidul'Fitri, ITU satu ularrrr lg pon mintak maaf jugak
KHUTBAH manusia ka @ KHUTBAH dr Imam Jin dlm botol ka...ini ularrrr pon mau maaf jugak
Apa
Apa ada hal
Ularrrr mintak maaf kan?
Kasi dorang smua maaf laa NO problemkan!?
TAPI
Tapi kan..
Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn SAMPAI kena patuk dgn itu ularrr 2 kali!
Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn SAMPAI masuk itu LOBANG "bangkai"-FITNAH 2 kali jugak!
Jgn jgn jgn & jgn & jgn & jgn & jgn jadi bodoh-TOLOL-bahalol lg mau CAYA sama itu ularrrr!
ITU ularrrr smua kita musti 'HANTAM' kasi mampos dorang punya"TOLOL-siku-LUTOT" kaw2laa!!
Woit!
Woit woit!!
ITU ularrrr smua mana ada 'AKAL'...dorang sume betul7TOLOL-tahap-siku-LUTOT laa!!!
Gua
Gua mau tanya satu soalan..
Klu lu orang jumpa ularrrr & ularrrrMAK, yg mana satu lu org HANTAM/pukul dulu?
Klu lu org jumpa ularrrr & ularrrMAK, yg mana lu org mau kasi "mampooss" dulu??
NOTA: sebisa2/sjahat ularrr tak tau buat FITNAH mcm itu ularrrrMAK kan!!!
SYIRIK = MURTAD = SESAT = FITNAH itu sume 2x5 bejatnya dsisi ALLAH kan!!!!
I rest my case myGOD.....wsslam.

Jgn percaya PASvavipig neh
ReplyDeleteMasing2 ada watak yg dimainkan
TITM pegang watak low profile n positif skrip baeeek punya
Ada pegang watak syaiton nirrojim