Sunday, July 26, 2015
PAS masuk BN.....?
‘Kita tidak akan masuk BN, very clear’
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN. - Foto TRP/Syahirah Roslan
KOTA BHARU, 26 Julai: PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) sekiranya terpisah daripada Pakatan Rakyat (PR) dan rela berjuang secara sendirian.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS sudah serik ketika bersama BN dahulu dan tidak akan sesekali kembali menyertai BN.
Bagaimanapun, katanya sekiranya terbentuk pakatan baru di antara parti lain di masa hadapan perkara itu akan diserahkan kepada Majlis Syura untuk dibincangkan kemudian.
“Tak ada isu PAS sertai BN. Cukuplah sekali kita terkena…saya berani kata PAS takkan sertai BN dan perkara itu tidak akan berulang.
“Pendirian kita jelas iaitu tidak akan masuk BN…very clear. Di segi pakatan… apa jenis pakatan kita tidak tahu. Sekiranya ada kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkannya namun buat masa ini pendirian kita ialah tidak akan sertai BN,” katanya ditemui selepas majlis Aidilfitri Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, di sini, hari ini.
Mengenai isu di dalam Pakatan Rakyat (PR), Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan sekiranya PAS mahu disingkirkan, PAS boleh keluar dan tidak akan terhegeh-hegeh meminta simpati.
“Kalau terpaksa kita boleh `hidup sendirian’ dan bergerak sendirian lagipun kita (PAS) bermula dengan bersendirian sejak dahulu lagi,” ujarnya.
Difahamkan, isu ini berbangkit selepas ada di kalangan ahli PAS yang mendakwa PAS sudah tidak tidak relevan di dalam PR dan mungkin akan digantikan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diterajui ahli progresif di dalam PAS.
Sebelum ini, bekas pemimpin kanan PAS Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata GHB diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang dan akan ditubuhkan pada 14 September depan. via - Wak Labu
Saya suka cadangkan PAS lebih baik jadi badan dakwah. Lebih mulia...lebih dihormati...kerana banyak ulamak2 yg pandai agama didalamnya. Kami hormati kebijaksanaan mereka dlm agama.
ReplyDeleteJangan jatuhkan diri ulamak kerana politik yg tidak matang yg cuba ditonjolkan. Memalukan.
Masuk persatuan dakwah dan dakwah org asli,mcm missionary Kristian yg sanggup masuk hutan.Range Rover dah ada
Deletesaya sokong sangat, biarlah pas jadi badan dakwah jangan terlibat dgn. politik. nak tengok ulmak muda ikut ke tak.
ReplyDeleteSetuju komen anon 819pm
ReplyDeleteUlamak PAS hafal2 saja
Ada orasng dapat Islam sebenar Dari ustaz um no? Um no bust masiat kurafat' sapas pun tak tegur. Judi hiburan lalai sapa talk komen, lag I sokong ada.
DeleteTanya nik tak amar ni ,apa pulak hukum kepada peminpin DHHP perak yang meletak semau jawatan dalam Pas ,kafir ke?.baru dia tahu tahi itu busuk atau wangai.
ReplyDeleteCalun lelaki PAS kena bai'ah talak 3 istri mereka.
DeleteCalun wanita PAS agaknya kena bai'ah jadi istri no.3 ularma PAS
Setuju dng komen anon 819 pm
ReplyDeletekakah ni kecek gak napok bodo selalu
ReplyDeleteini lah manusia pendendam
projek bangun kae pulau gajah untuk buat bandar baru di panchor tu kakah ni behe berapo juto pulok
manusio lapar pitih kakah ni
ustaz korok kering
teruskan perjuangan walau pun 1 orang
ReplyDeletejangan bergabung dengan musuh Islam yang menentang Islam
mulut lain hati lain
musuh Islam nyata munafiq paling bahaya
teruskan perjuangan walau pun 1 orang
ReplyDeletejangan bergabung dengan musuh Islam yang menentang Islam
mulut lain hati lain
musuh Islam nyata munafiq paling bahaya
Tetiba jadi munafik. Dulu thn 2008 masa tubuh PR x munafik pulak
ReplyDeleteSudah-sudahlah bercakap banyak wahai ulamak.
ReplyDeleteKamu semua dah menang, kamu buatlah kerja kamu.
Setelah kamu halau mereka yang tidak sehaluan dengan kamu, biarkan lah mereka dengan haluan mereka.
Sekian, terima kasih.
Ban ada MCA yg terang-terang ten tang hudud. Jadi mana mungkin nak bersama.
ReplyDeletebincang pasal 1MDB serah pd yang berkuasa, pasal MARA konon sibuk ke GHB, pasal ekonomi, GST, mekanisme harga minyak, nilai mata wang, pakat semua nak bg kat profesional.. yang korang memandai2 pakai CHAI apa faedahnya? Da tau tak pandai memimpin nak tunjuk samseng, suruh wala, sombong..skrg orang suruh bersendirian kelam kabut..hai ulama pewaris Nabi..
ReplyDeletebiasalah lidah tak bertulang,dalam hati sapa yang tahu?hanya ALLAH swt yang Mahamengetahui.biaq pi lah depa dengan 'donia'depa.kiat tak payah duk kutuk depa lagi.apa yang aku harapkan semuga GHB mendapat 'laluan mudah' dari ROS.itu saja.tak payah ambik 'port' sangat ngan depa ni.ya jalah .
ReplyDeleteberjuang sendiri mungkin akan kalah pr. hilang kuasa. duit tak masuk. sanggup ka?
ReplyDeletemasaalah besar ada orang islam yang diluar hutan nama saja islam tapi perangai macam setan banyak masa habis duk kena dakwah puak ni
ReplyDeleteislam turunan bukan nak ambil paham ajaran islam sangat
sepatutnya nak dapat reda Allah kena tolak sosialis, komunis, liberal, demokratik, republik, monarki.. PAS kena perjuang hudud dan sistem khilafah.. masuk Pilihanraya wajib bersendirian..jadilah pedagang wahai ulama pewaris Nabi..
ReplyDelete