Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 17, 2015

Cadangan yang menjadi bahan ketawa lagi!

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid
Published: 17 July 2015 6:11 PM
Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Julai, 2015.

Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).
"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.
"Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.
Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.
Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti.
"Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut?
"Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS.
Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB).
GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas.
Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS.
Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB.
"Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam.
"Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya. – 17 Julai, 2015.

4 comments:

  1. Kahkahkah Paspispus......

    ReplyDelete
  2. terpaksa saling menjual agama dgn lebih hebat nampaknye ye..
    terpaksa la kan..

    wajib kene dapat majoriti kan..
    wajib juga kene dapatkan undi penyembah2 jika mereka sgt sedar kebergantungan mereka kepada undi2 penyembah2 berhala sgt tinggi..hehe

    untuk dapatkan majoriti kan..x dapat majority x boleh..sebab hukum dia wajib haha..x kira la benda tu betul ke salah..janji majority..hukum dia wajib hehe

    nak tagih undi penyembah2 berhala ni pulak bukan mudah...haha

    bila gbh ni dh diregister nanti..mungkin akan meriah la ye agaknye (saling mempertahan/menyerang/membuktikan kebaikan) ye kafir sana kafir sini..sembelihan sana x boleh dimakan..sembelihan sini halal dimakan...banjir tempat ko bala,banjir tempat aku ujian...belah sana tiap saat buat silap..belah sini dipelihara dr melakukan kesilapan walau sesaat(maksum) hehe
    hadohaiiii

    hahaha....standby..mungkin makin meriah insyaAllah..
    mungkin padat dengan aksi memalukan anak cucu insyaAllah..

    haha..

    ReplyDelete
  3. #AsalkanbukanPASpig

    ReplyDelete
  4. Bagi PAS...jual agama lebih baik daripada kehilangan kuasa...masing2 nak jaga periuk nasi masing2...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa