Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Ketua polis negara yang memalukan!

Lucut dan turunkan pangkat ketua polis negara
Posted on Sunday, July 26 @ 11:18:30 MYT by paktam
Oleh Datuk Mahfuz Omar

Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak memperlihatkan profesionalisme sebagai seorang ketua polis negara.

Tindakan beliau yang membawa bersamanya 4 pegawai penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.

Apalah malang nasib Malaysia mempunyai ketua polis negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.

Persoalannya, Khalid  menghabiskan wang negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya berjumpa Justo.

Sepatutnya Khalid  boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah mereka bersedia memberi laluan kepada polis Malaysia berjumpa dan menyoal siasat Justo.

Amat malang ketua polis negara melakukan kebodohan dan membawa kerugian pada negara setelah negara mengalami masalah kewangan yang kronik akibat skandal 1MDB.

Kini, Khalid pula bertindak membazir dan menghabiskan kantung negara yang sudah sememangnya kempis.

Saya meminta pihak bertanggungjawab dalam pelantikan beliau sebagai ketua polis negara agar segera melucutkan jawatan beliau dan diturunkan pangkat ke jawatan ketua balai sahaja.

Malaysia memerlukan ketua polis negara yang lebih cekap, berwibawa dan berkemampuan serta telus dalam melaksanakan tugas.

Selamatkan Malaysia!

* Datuk Mahfuz Omar adalah ahli Parlimen Pokok Sena.

2 comments:

  1. Betul kata Mahfuz

    Mat Bahalol sudah jatuh kan otak otak pegawai tinggi gomen

    Professor pon sudah pikir macam budak tadika

    Semua nya melayu pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lah malang menimpa bangsa melayu dulu kini mungkin selamanya.

      Bertaraf Profesor tindak- tandoknya
      dulu dan kini memalukan kat bukan melayu.

      Ramai menteri dan penjawat awam melayu kelihatan bagaikan Badut menjadi bahan lawak bukan melayu.

      Melayu diperlekih sebab perlakuan mereka . Bukan melayu menghormat melayu atas akhlak yg dipamerkan .

      Melayu yg yakin dgn agama - Memperlihat Kesabaran Dalam Beriman Terhadap Kaum Muslim , Memperlihat Akhlak Baik Kepada Bukan Islam.

      Akhlak melayu cermin untuk bukan melayu .

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa