Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 29, 2015

Siasatan 1MDB: PC GHB Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA

JANGAN JEJASKAN SIASATAN KE ATAS KES 1MDB

1. Rombakan anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan dilihat sangat berkait rapat dengan lapuran salahlaku melibatkan dana 1MDB oleh pemimpin tertinggi negara. Walaupun rombakan tersebut merupakan prerogatif Perdana Menteri, tetapi kaitannya dengan kes siasatan 1MDB menimbulkan persepsi buruk terhadap ketelusan dan tadbirurus  pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kenyataan bekas TPM, Datuk Seri Muhyidin Yasin, hari ini secara tidak langsung mengaitkan pemecatannya dengan isu 1MDB.

2. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abd Ghani Patail, juga telah ditamatkan perkhidmatan ketika beliau sedang terlibat di dalam pasukan yang menyiasat lapuran salahlaku melibatkan dana 1MDB. Pemberhentiannya dibuat pada hari yang sama rombakan kabinet dibuat. Penggantinya pula dikenalpasti sebagai seorang yang partisan dan pernah memegang jawatan dalam parti politik pemerintah. Ini amat menggusarkan rakyat.

3. Rakyat mesti menuntut agar siasatan ke atas salahlaku dan penyelewangan melibatkan dana 1MDB tidak terjejas dan dikompromi akibat rombakan dan pemberhentian ini.

4. Setelah penggantungan akhbar yang mendedahkan salahlaku dan penyelewengan ini dibuat, penyingkiran anggota-anggota kabinet yang dilihat menuntut ketelusan dalam siasatan, dan pemberhentian seorang anggota pasukan penyiasat kes 1MDB ini berlaku maka tahap kepercayaan rakyat terhadap wibawa siasatan ini sudah terjejas teruk.

5. Maka itu kami menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:

i) Perdana Menteri bercuti sehingga siasatan 1MDB selesai dan satu Suruhanjaya Diraja yang bebas dibentuk bagi menyiasat kes 1MDB.

Atau;

ii) Satu usul undi tidak percaya diusulkan di Parlimen Malaysia ke atas Perdana Menteri bagi membolehkan Kerajaan Peralihan dibentuk sehingga Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.

Sekian.
Amanah. Progresif. Peduli

Ir Izham Hashim
Penyelaras
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.

28 Julai 2015
12 Syawal 1436H.

5 comments:

  1. Peluang keemasan kita, hidup ghb...Abg Mat tengah pujuk tsmy untuk jawatan presiden....mesti tsmy pilih ghb. tapi belum siap lagi....tggu 16 sept ni...sabau dulu. Yahooo...hidup ghb.

    ReplyDelete
  2. Doa makbul

    Umno jahanm satu persatu...

    ReplyDelete
  3. GHB BELOM LAGI DI DAFTAR PARTI POLITIK

    Masih belum boleh jadi apa apa pon

    Mat Bahalol boleh tak lulus GHB dan tangguh tangguh kelulusan GHB jadi NGO tak guna

    Mat Bahalol dan AL TOLOL itu kawan baik

    AL TOLOL boleh minta Mat Bahalol jangan lulus GHB habis nak buat apa ????

    Sebaik nya GHB ber gabung dan ber satu di bawah PKR saja cukup beri kuasa pengaruh orang orang kampong tuk ubah masok PKR dan Pakatan Rakyat TANPA PAS.

    Jangan ingat AL TOLOL tiada dendam. AL TOLOL itu manusia bahalol jugak.

    ReplyDelete
  4. Dua2 jahanam PAS dan UMNO, dan mungkin PAS dan UMNO akan bersatu demi politik orang Melayu Islam, kita tunggu episod seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Iyo la wpun parti geng kecewo harap hidup jugo semoge sama sama berusaha utk mewujudkan msia yg bersih dr salah laku n adil kpd semua

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa