Sediakah PM gugurkan timbalannya?
mk - 2:15PM - 27 Jul 2015
Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam dunia politik hari ini.
Namun untuk bertindak menggugurkan seseorang pemimpin yang bersuara lantang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi tanpa mengundang tindak balas negatif.
Menurut penganalisis politik, Prof James Chin adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinetk.Malah menurut Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, bukanlah tugas mudah untuk menggantikan timbalan presiden Umno itu yang sudah menjadi menteri kabinet selama dua dekad.
Sebaliknya James meminta perdana menteri berhati-berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan berhubung langkah tersebut, dengan membangkitkan kes Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
"Apabila Mahathir mahu menggugurkan (timbalan perdana menteri ketika itu Tun) Musa Hitam dan (Tun) Ghafar Baba, mereka sedia pergi.
"Bagaimanapun, apabila dia memecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Mahathir hampir hilang kawalan parti. Oleh itu, ia tidak mudah, jika Najib mahu menggantikan Muhyiddin, "katanya kepada Malaysiakini.
Ujar James lagi, Najib mesti mendapatkan calon pengganti yang lebih berwibawa sekali gus dapat mengawal penyokong Muhyiddin.
Siapa pula nombor 2?
Namun, menurut James, Naib Presiden Umno, Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mampu menjadi calon pengganti timbalan perdana menteri.
James berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Cheras Umno semalam, bahawa isu 1MDB akan merosakkan parti pemerintah.Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras semalam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini parti itu akan mengalami kekalahan teruk.
Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan kenyataannya ini bukanlah satu bentuk kritikan terhadap Najib sebagai presiden parti.
Malah, James berkata terlalu awal untuk mentafsirkan bahawa Muhyiddin menginginkan Najib untuk meletak jawatan.
"Masih terlalu awal untuk mentafsirkan bahawa Muhyiddin mahukan Najib berundur meskipun beliau mahu perdana menteri berterus-terang dalam isu 1MDB.
"Jika Najib pergi, Muhyiddin akan menjadi orang yang menggantikan Najib. Masalahnya ialah siapa yang akan menggantikan Muhyiddin untuk tempat nombor dua, "katanya.
Pandang serius
Bagaimanapun dalam respon Ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berhubung ucapan Muhyiddin itu harus dipandang berat oleh Najib.
“Walau apa pun, Najib perlu memandang serius komen Muhyiddin.
"Beliau (Najib) perlu memberi jawapan kepada tuduhan-tuduhan," katanya.
JOHOR UMNO lah yang ter besar dalam UMNO
ReplyDeleteMUHYIDDIN dari JOHOR
Apa lah UMNO tanpa MUHYIDDIN
Mat Bahalol mana ada nilai lagi tunggu kena Buang Saja.
HIDUP MUHYIDDIN !!!!!!!!!!!!