Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 30, 2015

Nik Abduh, ni apa certa ni? Semalam Tumpat

[SIARAN MEDIA] MAKLUMAN PERLETAKAN JAWATAN PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017

Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang dialog samada secara tertutup atau terbuka dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendirian dan keputusan terkini pihak kami ini.

Serentak dengan perletakan jawatan ini, jawatan Ketua Pemuda akan dipangku oleh Ust Mohd Fadhlullah bin Ismail dan kekosongan jawatan lain juga akan diumumkan lanjut kemudian.

Sekian.

Bertarikh 29 Julai 2015


(1) Mohd Hafiz bin Habil (Ketua Pemuda)
(2) Muhamad Fadzil bin Ahamad (Naib Ketua Pemuda)
(3) Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (Ketua Penerangan)
(4) Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (AJK Pemuda)
(5) Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (AJK Pemuda)

8 comments:

  1. Nik abduh tgh sibuk fikir ayat2 menjilat Najib utk karangan fb dia.
    Dgn harapan najib akan pilih dia utk jwatan dlm barisan krajaan...
    Nahib kan suka...pilih yg bodoh2 dlm barisan kepimpinan dia...gud luck nik abdoh

    ReplyDelete
  2. Gantikan mereka, dah tak berminat dgn PAS begitu la caranya, letak jawatan adalah satu tindakan bermaruah, jgn jadi macam GHB mulut bising, kecoh dan masih mengaku ahli PAS, tiada maruah, takut nak langgar bai'ah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asas pemilihan ketua secara umum dan normal sebelum ini di dalam PAS secara umum adalah golongan yang komited untuk laksana tugas dan bertanggungjawab sebab tu mereka terpilih... sekarang nak ganti, ganti dengan siapa? Ganti dengan orang yang liat hadir mesyuarat? Yang selepas pru tenggelam..... dan akan muncul semula bila hari penamaan calon pru untuk tampal poster dan pacak bendera.

      Delete
  3. Bai'ah rumah tangga adalah satu kekufuran Paih harun ding dan haji hadi.........tak beriman kalau tuntut bai'ah sebab org nak keluar, kanak2 tadika pun tahu! Apa punya Paih dah! Bodo' kata UIA.

    ReplyDelete
  4. kah kah kah!
    Betul ke berita ini!
    Kalau keluar parti, masuk parti lain, ini suatu penyeksaan dan cabaran.
    Kalau letak jawatan dalam parti untuk protes perlantikan ketua pemuda, ini suatu berita baru yang boleh dianalisis.
    Aku berpendapat taktik membubar dewan pemuda kawasan dan cawangan merupakan taktik yang boleh dianggap jantan dan berwibawa. Berbeza dengan tindakan keluar parti yang memperlihat orang yang putus asa atau orang yang separuh lelaki dan separuh betina.
    Semua orang tahu, bahawa orang PAS tidak seperti orang UMNO, dimana orang UMNO menerima perlantikan dalam parti demi habuan dan sedekah pariah dari pemimpin yang lebih atas. Jika mereka bertindak meletak jawatan, maka mereka akan kehilangan habuan dan wang sedekah pariah.
    Sedangkan jawatan dalam PAS tidak menjanjikan apa-apa, silap hari bulan rezeki melayang dan wang dalam poket kekeringan. Semua perlantikan diterima sebagai suatu perjuangan dan perjuangan tidak membawa erti tanpa dilakukan dengan penuh keikhlasan.
    Jika 20% pemuda kawasan dibubaikan kerana hilang kepercayaan kepada ketua pemudanya, PAS akan menjadi parti pertama yang memiliki pemuda yang memahami erti kebebasan dan hak berdemokrasi.
    Selamat berjaya pemuda PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang aku lihat kerana ada ahli yang bertindak keluar partilah yang menyebabkan pemimpin ulama meroyon sehingga mengeluarkan fatwa yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri. Contoh terbaik, si janggut dari Perak terpaksa memakan kembali muntahnya menyamakan keluar PAS seolah2 murtad. Akibat dr tindakan keluar parti juga menyebab TITM meroyan minta maaf yang sudah terlambat.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa