Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 22, 2015

Apa agaknya pilihan Azmin bagi Selangor?

TUESDAY, JULY 21, 2015
KIRANYA DAP TARIK DIRI DARI KERAJAAN SELANGOR...........
Itulah maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat. 

DAP akan beri kata dua. 

DAP tidak boleh duduk dlm satu kerajaan dengan PAS kerana ia akan menjatuhkan imej serta undi kepada DAP.

PAS ni dah bukan sahaja biawak hidup.

PAS dah jadi toksik dan membawak wabak.

Berikut adalah beberapa senario yang bakal berlaku sekiranya DAP menarik diri dari kerajaan Negeri Selangor:

1) Senario pertama: PAS + Khalid Ibrahim + UMNO + Azmin dan beberapa ADUN PKR akan menubuhkan kerajaan baru.

Jumlah ADUN: PAS (13) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim + Azmin dan ADUN2 yg menyokong (4) = 30 ADUN.

MASAALAH: PAS dan UMNO di kala ini, tidak akan menyokong Azmin lagi kerana calon yang disukai oleh PAS serta kayangan adlah Khalid Ibrahim​.

Mustahil Azmin akan kekal MB dlm senario pertama

HASILNYA: Azmin akan hilang jawatan MB.

2) Senario kedua : Antara 5 hingga 10 ADUN PAS akan bertukar parti masuk Gerakan Harapan Baru. Ini kerana mereka tidak sanggup duduk dlm kerajaan bersama UMNO.

Senario ini mengambil kira Azmin dan team beliau kekal bekerjasama dengan PAS.

Formula : DAP (15) + PKR yg bukan hardcore Azmin (8) + PAS yg menolak UG (7) = 30

HASILNYA: Azmin tetap hilang jawatan MB kerana MB baru bakal dilantik dari kalangan Pakatan Rakyat 2.0

3) Senario ketiga: Azmin memecat PAS dari kerajaan negeri dan menggantikan dgn HB

HASILNYA: Azmin kekal MB dgn formula PKR(13) + DAP (15) + PAS yg anti UG( 2 ke 5) = 30 ke 33 kerusi DUN

Cumanya atas alasan Melayu tidak cukup dlm DUN maka DUN boleh dbubarkan.

Tetapi harapan untuk DUN dibubarkan juga 50-50 dan tak pasti DUN akan dibubarkan

4) Senario 4 : DUN di bubarkan atas alasan tidak cukup Melayu dlm dewan:

HASILNYA: Azmin kekal MB kerana harapan untuk menang pilihanraya kecil adalah besar.

Hujjah saya adalah:

a) Pengundi di Selangor cukup maklumat
b) Majoriti di Selangor amat besar
c) PAS sudah hilang sokongan Cina dan India serta Melayu bandar ramai tak minat dgn PAS
d) UMNO sedang pecah teruk
e) UMNO Selangor amat lemah sekarang ni.

Apa2 pun, kata putus dari DAP ini hampir pasti berlaku dan dalam masa yang terdekat.

Terpulang kepada Azmin Ali​ untuk memilih senario mana yang beliau kehendaki.

Yang jelasnya kalau ikut PAS, mereka akan mahukan Khalid Ibrahim kekal jadi MB. Jadi, sia sia Azmin percaya kepada PAS.

Pakatan 2.0 mempunyai potensi yang sangat besar kerana masaalah UMNO kali ini amat kronik dan makan masa untuk selesai.

Rugi kalau ada sesiapa yang menolak untuk bersama dengan gelombang ini.

TULANG BESI

4 comments:

  1. mesti ingat, azmin tiada dlm senarai pkr dan dap. hanya pas yg hantar nama dia ke istana.

    pada pendpt aku, pilihan azmin ialah pas utk balas budi hadi. sbb tu sampai la ni din ayam masih di peransang walaupun:

    1. hadi hina presiden dia.
    2. hadi biadap pada ketua umum dia.
    3. hadi letak calon bertindih dikerusi parti dia.
    4. hadi fitnah calon parti dia.
    5. hadi tak sokong presiden dia di permatang pauh.
    6. hadi tuduh parti dia sbg broker.
    7. hadi cuba rasuah dia.

    ReplyDelete
  2. DAP INI ADALAH PARTI POLITIK EKONOMI YANG DAPAT MENJANA KEMAJUAN SELANGOR

    PAS DAN UMNO HANYA HIDUP ATAS CUKAI EKONOMI SEBAB NYA TIADA NILAI EKONOMI

    AZMIN DAN PKR PERLU BER SATU SAMA DAP SEHINGGA BUBAR ADUN DI MANA RAKYAT MAHU KAN EKONOMI TUK HIDUP MAJU

    PAS DAN UMNO HANYA MEMBUAT SELANGOR SE MUNDUR KELANTAN

    MELAYU MELAYU KELANTAN DI SELANGOR PASTI SOKONG PKR DAP KERANA TIDAK MAHU MUNDUR BAGAI DI KAMPONG

    Tak mungkin Rakyat Selangor mahu kan Orang Bahalol Gila Serban Kopiah dengan Sifat SESUMPAH jadi pemimpin Negeri.

    Pelabur Asing pon tidak suka Orang Orang Bahalol dalam PAS dan UMNO ; Pelabur akan ke Pulau Pinang saja

    AZMIN tak perlu jadi BODOH ber gantung pada Sampah PAS yang TIADA OTAK

    Gaji Elaun AZMIN semua nya dari CUKAI CINA dan DAP.....

    Budak Din Ayam tu perlu di buang segera sebelum menjadi khianat kerajaan Selangor. Bukan ada Nilai Ekonomi pon ; itu bahalol tegar.

    COMMON SENSE SAJA

    ReplyDelete
  3. berpecah berantakan sudah melayu...pecah berderai kpd 3-4 bahagian...yg untung...DAP bersorak gumbira...

    bersabarlah G18/GBH...pendamkan la dulu rasa hati tu...
    bertahanlah G18/GBH...berbaktilah pada rakyat di platform yg ada sekarang asal tidak menjadi pencetus perpecahan...

    nampak dh taring DAP tu...die yg tentukan haluan politik Pakatan Rakyat...walaupun nanti Edisi 2....

    sedih...sedih...sedih...Pak Said tak sedih ka....

    ReplyDelete
  4. Bak kata Ahmad Said ( ex MB ganu)......
    Umno dah pegang tampok pemerintahan selama 57 tahun.......aduhai melayu semakin layu di gungsi bangsa sendiri.......fikir-fikirkanlah !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa