06:30PM Jul 26 2015
oleh Christopher Fernandez
SEKILAS PANDANG: Pemerhatian yang teliti bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga masyarakat dunia, tertumpu kepada negara ini kerana kemelut 1MDB yang mana RM42 bilion didakwa telah lesap daripada dana berdaulat itu.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia terdapat begitu banyak perubahan plot berlaku dalam satu kemelut panjang yang bukan sahaja kontroversi tetapi tidak pernah terfikir akan berlaku bermain dalam fikiran rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Ketika kemelut 1MDB ini pertama kali didedahkan ianya hanya terhad dalam lanskap domestik dan portal berita Sarawak Report yang berpengkalan di London dan diterajui oleh editor British. Tetapi kemudian kontroversi itu mulai tersebar seperti api yang sedang marak.
Penerbitan Amerika seperti The New York Times, The Wall Street Journal dan Bloomberg News mulai mengeluarkan berita mengenai bagaimana jejak dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan perdana menteri Malaysia dan Najib Razak dan beberapa orang lain dalam kemelut 1MDB.
Surat khabar Australia seperti The Age dan The Sydney Morning Herald turut menerbitkan cerita kontroversi mengaitkan perdana menteri Malaysia dengan pengisuan nota polimer bank yang dicetak di Australia yang mana Najib didakwa bersalah melakukan salahlaku.
Kemelut 1MDB berterusan terungkap dengan penerbitan serantau seperti The Bangkok Post dan The Straits Times dari Singapura turut mengelurkan cerita berdasarkan penyiasatan mereka sendiri terhadap kemelut itu dan ini telah mencetuskan perubahan plot cerita ini untuk membawa ke satu hala tuju yang baru.
Rakyat Malaysia dibanjiri dengan berita dan pandangan mengenai 1MDB dan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa pemberi maklumat asalnya, Sarawak Report, telah disekat dan portal berita itu mendakwa bahawa ianya adalah satu tindakan dengki kepada mereka kerana memdedahkan kemelut 1MDB kepada dunia.
Kemelut 1MDB semakin kuat didedahkan kepada umum, dengan pantasnya, dan jarang sekali dalam sehari tiada sebarang perkembangan terbaru dan ini telah memberi kesan teruk kepada kerajaan Malaysia kerana masyarakat antarabangsa mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara penyangak akibat daripada pendedahan negatif.
Semakin ramai orang dari seluruh dunia mengikuti drama 1MDB dan keyakinan pelabur di Malaysia sekarang ini rendah, justeru menyebabkan nilai ringgit jatuh menjunam dan kehilangan nilainya walaupun kemasukan pelancong semakin meningkat kerana ringgit yang lemah.
Kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan terbaru kemelut 1MDB ini kelihatan kagum kepada perdana menteri Malaysia yang boleh meneruskan tugasan beliau seperti biasa walaupun serangan dan tuduhan yang kuat oleh portal berita dan penerbitan yang dalam dan luar negara.
Ianya kelihatan seperti skandal 1MDB telah meletakkan Malaysia di bawah pemerhatian seluruh dunia kerana sebab yang salah dan maka dengan itu ianya tidak mengejutkan bahawa sekarang ini terdapat kekecohan dan kekeliruan oleh pemimpin politik mengenai bagaimana untuk menyelesaikan kontroversi 1MDB.
Tetapi apa saja hasilnya, ianya mestilah dinyatakan dengan tegasnya yang soal masa sebelum pemimpin negara ini yang tak berguna, korup dan tidak cekap ditunjukkan jalan keluar kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah hilang sabar dengan prestasi lemah pemimpin-pemimpin negara ini.
1 Malaysia Dah Busok
ReplyDeleteMat Bahalol tak pikir pasal Rakyat langsong macam Bapak nya dulu
Duit sudah kechik pon pelancong tak datang datang.
Banyak orang cina mengeluh sekarang
Bila orang cina tutup kedai pekerja melayu nak makan nasi lenak pon takde duit dah
Bodoh saja MatMongol @ Mat Bahalol ini
Kebodohan Najib menyebabkan nilai ringgit dalam situasi yang amat memalukan...bila ringgit semakin jatuh...maka harga barang2 keperluan akan semakin naik...rakyat semakin susah...kerana pemimpin2 Malaysia mengamalkan rasuah...pendatang2 entah datang dari mana semakin sesak memasuki Malaysia kerana ramai polis yang dirasuahkan oleh seseorang yang berkuasa...undang2 di mahkamah Malaysia semakin lemah kerana hakim2 dirasuahkan oleh seseorang walaupun telah membunuh seseorang...ramai yang terlepas dari hukuman kerana rasuah sudah menjadi perkara biasa...
ReplyDelete