Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 18, 2015

Belum pun ada angin, pokok dah goyang ke?

Tetiba timbul soal kerjasama?
Siapa yang minta kerjasama PAS?
UMNO mungkinlah kot?

Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai GHB, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” -  adakah seorang pemimpin kanan PAS tak reti Perlembagaan PAS? Bukankah bila tertubuhnya parti lain dan menganggotai parti baru maka keahlian mereka terlucut?

"Kalau mereka nak isytihar GHB, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri - jawapan kartun: Bukankah kerana mereka tidak lagi ingin bernaung dan menumpang PAS yang mengkhianati merekalah maka GHB ditubuhkan. Jadi takkanlah mereka ingin mengemis duit dari PAS?

PAS tak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru, kata MB Kelantan
mk - Published: 18 July 2015 4:11 PM

PAS membayangkan ia tidak akan bekerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh beberapa orang anggotanya, kata timbalan mursyidul am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata ini kerana GHB adalah sebuah parti baharu yang dasar perjuangannya masih belum jelas.
"Kami tak boleh bersama sebab dia parti lain. Kami sedia lawan mereka dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya di Wakaf Baharu, hari ini.
Isnin lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru bertujuan untuk menyatukan semula parti politik pembangkang.
GHB itu dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ditanya mengenai tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap pemimpin PAS yang menyertai GHB, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata parti itu mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.
"Setakat ini kami bagi peluang. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum ambil apa-apa tindakan terhadap bekas pemimpin PAS yang terlibat. Kami tengok dahulu keadaan.
"Mungkin itu satu cara yang diambil presiden, tidak gopoh dalam mengenakan tindakan," katanya.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan bekas pemimpin atau mana-mana anggota PAS yang ingin menyertai GHB agar “berundur secara terhormat” daripada PAS.
"Kalau mereka nak isytihar GHB, dia terpaksa meninggalkan segala-galanya. Kena berdikari sendiri, guna cawangan sendiri, guna wang sendiri.
"Dalam sebuah negara yang demokrasi, kami mengalu-alukan (penubuhan GHB),tapi jangan berada dalam PAS dalam keadaan yang tak menentu. GHB pun tak, PAS pun tak... itu masalah," katanya. – Bernama, 18 Julai, 2015.

6 comments:

  1. kecek sedap la mat
    mu masalah banjir bereh doh ko
    buke ko aritu masa banjir najib kato mu bodo...
    kalu bodo tok kae boleh jd mb
    ko guano
    mu nge amar serupo jahnyo
    riak dan ego

    ReplyDelete
  2. dasar masih x jelas??
    dap tu,budak tadika pun boleh nampak jelas tentang dasar dia,dasar yg sgt bertentang ngan dasar pas,dlm hala tuju masing2 dibawah naungan demokrasi..
    pas lagi la nampak jelas nampak..kan..
    xkan la pas kurang upaya dari budak tadika..
    itupun pas boleh kerjasama,buat kawan..

    sesapa yg cuit dap ketika tu ahli2 pas selalunya akan melompat ibarat mawas liar dlm hutan,dia punya melompat sape usik dap ibarat adik pompuan mereka pula yg telah di cabul hehe..
    betol kan?x kan la korang x perasan..

    sekarang dia cakap dasar masih x jelas utk bekerjasama...

    org politik hari2 bagi jawapan tahap kartun tapi kita ketagih nak kunyah dan telan jawapan mereka..nak wat cmne..

    xkira ape parti sebiji semua same..x caya tngok tol2..

    hehe

    ReplyDelete
  3. tiba2 titik berat pasal dasar..
    hahaha

    ReplyDelete
  4. #AsalkanbukanPASpig

    ReplyDelete
  5. Berundur secara TERHORMAT - kata MB Kelantan?

    Hahahahaha.....tahukah Mat Yaacob apa makna berundur secara terhormat? Secara peribadi ia seperti meludah air lior ke langit dan kemudian sengaja tadah muka supaya air lior itu jatuh keatas muka sendiri. Mat Yaacob sepatutnya mempraktikkanya sendiri dulu dengan meletak jawatan sebagai MB Kelantan kerana gagal melaksanakan tugas beliau sebagai MB. Beliau gagal kerana tidak mampu mempertahankan kewangan negeri yang sekarang ini parah. Takde usaha untuk menjanakan kewangan negeri selain pi minta tolong Naj8b dan UMNO. MAsaalah kewangan negeri bukan cerita baru. Ia didadapi oleh kerajaan PAS sejak zaman Dato Asri lagi. UMNO yang memerintah 1978-1990 juga menghadapi masaalah yg sama. TGNA menghadapinya selama 23 tahun dan berjaya mencari jalan sehingga bertahan selama 23 tahun.

    Mat Yaakob juga gagal menanggani masaalah banjir. Mangsa2 banjir masih lagi t8nggal di khemah2. Dia gagal mengotakan janjinya untuk membina 2 600 biji rumah yang dia juga berjanji akan ditunaikan dalam masa 6 bulan.

    Itu cerita Mat Yaakob. Begitu juga dengan tok lebai2 yg menguasai kepimlinan PAS sekarang. Kalau mereka ada kehormatan diri, tak berlaku apa yang sudah berlalku.

    ReplyDelete
  6. Musibah yg besar melanda Kelantan tahun pertama beliau menjawat jawatan menteri besar.
    Adakah ada maksud disebalik bencana yg turun dgn kebenaran Allsh yg maha ESA dlm tempoh tak sampai setahun jadi menteri besar, Masih ego dgn jawatan TMA dan menteri besar,
    Cuba ambil intibar atas apa yg berlaku,
    Jangan sampai ada lagi musibah yg berlaku dlm masa yg singkat
    Atas tindakan anda sebagai menteri besar,
    Mulut yg takde tapisan masti bawa padah,
    Masih belum terlambat untuk memperbaiki diri , jgn lupa amanah Allah pd anda,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa