mk - Published: 25 July 2015 2:02 PM
Tan Sri Rafidah Aziz menggesa pihak bertanggungjawab perlu mula memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad. – Gambar Facebook, 25 Julai, 2015.
Susulan penggantungan akhbar kewangan harian The Edge Financial Daily dan mingguan The Edge, bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkannya sekadar mengalih perhatian daripada isu sebenar dan hanya akan membuatkan orang ramai lebih kecewa dengan kerajaan.
Dalam tulisan di akaun Facebooknya, bekas menteri industri dan perdagangan antarabangsa yang juga bekas ketua Wanita Umno itu berkata, perkataan "sekat" perlu dibuang daripada "kamus politik" Malaysia.
Katanya, sementara kebebasan bersuara mempunyai had tertentu, mengambilkira faktor kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak majoriti, penting juga dipastikan media tidak dihukum sewenang-wenangnya, bukan kerana melampaui batasan had itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang dianggap tidak menyenangkan.
"Pastinya kita tidak mahu mengikut seperti negara lain di mana media diarahkan apa yang perlu ditulis," katanya.
Beliau berkata pihak bertanggungjawab perlu mula memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sekali lagi kita dialihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi.
"Kita boleh sekat mana-mana penerbitan, tapi itu tidak akan menyelesaikan segalanya. Malah, ia membuat orang ramai lebih marah.
"Lebih buruk lagi, kini sia-sia sahaja, wujud ketidakpuasan hati terhadap kerajaan," katanya.
Rafidah berkata perbincangan di media sosial akan tetap berterusan tanpa mengira apa jua sekatan yang dikenakan, malah sekatan itu hanya akan memberi satu topik baru untuk rakyat "bincang dan kutuk."
"Jangan pula kata sekarang kita terpaksa tutup Internet. Terlalu banyak campur tangan akan merosakkan semuanya," katanya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menggantung permit penerbitan 2 akhbar tersebut selama 3 bulan bermula 27 Julai.
KDN menerusi surat yang dikirimkan menyatakan isu 1MDB yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau negara.
Pemilik The Edge bagaimanapun mengatakan akan mencabar keputusan penggantungan tersebut dan mempertahankan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan tidak beretika.
Awal bulan ini, The Edge menerima surat tunjuk sebab di mana kementerian itu memberinya tujuh hari untuk menjelaskan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
The Edge dituduh menerbitkan artikel mengenai dana negara itu yang dikatakan menimbulkan kekeliruan dan keraguan mengenai institusi kewangan kerajaan dan Malaysia.
1MDB amat sensitif bagi kerajaan, kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan, yang memiliki 1MDB.
Beliau juga turut dikaitkan dengan dakwaan yang wang dari entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Beliau tidak menjawab dakwaan itu secara langsung tetapi hanya menafikan mengambil dana awam untuk "kepentingan peribadi". – 25 Julai, 2015.
dan........ini salah seorang menteri yang lahir di zaman batu dan bersekolah di gua: After the Edge, Ismail wants social media bans
Lawak
ReplyDeleteLawak
Lawak
Menteri Melayu ini lawak betul
Buat malu nama NABI ISMAIL saja
Dah nama nya Ismail
Kepala Otak !!!!!!