Sesungguhnya negara kita sudah terlalu lama terbiar tanpa selanggaraan yang betul serta kerajaan melakukan segala-galanya ‘for granted’. Tidak ada usaha yang kuat untuk memperkuatkan intergriti sebuah kerajaan yang mengaku berdaulat ini. Kita dibebankan dengan berbagai isu yang telah menenggelamkan imej baik negara diperingkat antarabangsa.
Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang ‘scandalous’ dalam serba serbinya seolah-olah etika dan undang-undang tidak dapat mengawal perlakuan seseorang pemimpin terutamanya pemimpin-pemimpin kerajaan yang berkedudukan tinggi di dalam parti. Bagi pandangan ramai rakyat yang berfikir, Najib serta semua barisan kabinet beliau adalah dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan tiada seorang pun dikalangan mereka yang memimpin kerajaan mahu menerima ‘accountability’ diatas kesalahan mereka itu.
Najib dan kabinetnya telah gagal dalam segala bidang dan isu-isu yang menyentuh mereka semuanya yang melibatkan kerugian kerajaan dan agensi-agensinya dalam ribuan juta ringgit. Dalam pada terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa masih ada diantara pemimpin-pemimpin terutamanya dalam kabinet yang begitu berselera untuk menjadi Perdana Menteri jika Najib terpaksa berundur. Sebagai sebuah kabinet yang gagal, maka tidak sepatutnya ada diantara mereka yang dibolehkan untuk menggantikan Najib. Mereka adalah lantikan Najib dan jika Najib terpaksa atau dipaksa bersara maka seluruh anggota kabinet lantikan beliau sepatutnya berundur sama.
Ramai tidak dapat membayangkan bagaimana Muhyiddin akan lakukan jika beliau yang mengambil alih kerajaan ini. Lebih lagi kerisauan ramai jika pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi dijadikan pengganti. Keadaan dibawah penggantinya seperti Muhyiddin atau Zahid Hamidi lebih menakutkan lagi dari ketakutan terhadap kepimpinan Najib. Nama-nama pemimpin yang berselera ini amat menggerunkan sesiapa yang memahami nilai politik dan siasah negara dengan betul. Mereka ini adalah ahli kepada barisan kabinet yang telah menghancurkan negara kita dan tidak ada sebab mereka boleh mengakui berkelayakan untuk memikul tugas untuk memperbaiki negara ini.
Rakyat tidak mahu lagi terpompong dengan budaya songsang politik negara di bawah pemimpin yang sama budayanya dan ini tidak akan memperbaiki keadaan, malahan ia akan lebih menjurumuskan kita dalam jurang yang lebih dalam lagi. Jika mereka sudah terbiasa bersama budaya pimpinan Najib maka mereka ini tidak akan berupaya untuk memulakan perubahan kepada negara. Menggantikan Najib tidak akan membawa apa-apa makna jika beliau digantikan dengan kepimpinan yang dibentuk oleh Najib sendiri.
Elok kita tanya Muhyiddin atau Ahmad Zahid Hamidi, apakah sebenarnya perubahan yang negara perlukan? Apakah yang ada dalam pemikiran dan bayangan perubahan-perubahan yang kedua-dua pemimpin ini akan lakukan jika mereka ini dapat dijadikan oleh setengah pihak untuk menggantikan Najib? Apakah yang mereka ada dalam kepandaian mereka untuk menyelesaikan masalah dengan dua buah negeri Malaysia timur, Sabah dan Sarawak yang kini merasakan mereka seolah-olah di jajah oleh Semenanjung? Apakah pemimpin-pemimpin ini mampu untuk menyelesaikan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk menjadikan mereka ‘equal partners’ dengan Persekutuan Tanah Melayu (Semenanjung)?
Apakah penyelesaian yang mereka ini dapat lakukan untuk menyelesaikan tuntutan kedua-dua buah negeri timur ini serta negeri-negeri pantai timur Semenanjung tentang pulangan terhadap hasil minyak untuk mereka dan apakah pindaan-pindaan terhadap ‘Vestine Deeds’ yang mereka tanda tangani dengan Petronas pada tahun 1975 dahulu?
Apakah Muhyiddin dengan stigma ‘Malay first, the rest second’ yang melekat di dada beliau itu mampu untuk memperbaiki perhubungan diantara kaum yang sudah sampai keperingkat meruncing sekarang ini? Kita mesti ingat Malaysia diduduki serta didiami oleh berbagai kaum dan etnik dan mencari ‘formula’ kepada perpaduan negara itu memerlukan seorang yang berpengalaman dan memahami denyut jantung semua kaum di negara ini.
Bagaimana penyelesaian terhadap ekonomi negara yang amat meragukan sekarang ini. Kita tidak boleh sentiasa menyalahkan keadaan dan pengaruh ekonomi dunia untuk menutup kelemahan pimpinan kita dalam isu kejatuhan ekonomi negara ini. Negara memerlukan teknokrat yang berkepimpinan politik bersama dalam dirinya untuk membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah besar ini dengan membawa sekali kemampuan untuk menyesuaikannya dengan kehendak politik dan siasah negara.
Ingat, kita memerlukan usaha ‘reengineering’ politik dan ekonomi negara dan mempastikan kita tidak berkelahi diantara satu kaum dengan kaum yang lain kerana perebutan kuasa politik dan ekonomi.
Akhir sekali kita perlu hapuskan sistem politik dalam mana ia dikuasai oleh ‘warlords’ yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan isu benar yang kita hadapi yang dilakukan oleh Najib dengan menukarnya dengan pemimpin yang berbudaya sama untuk menjadikan mereka sentiasa relevan untuk mempergunakannya untuk memimpin secara proxy yang begitu nyata pada hari ini.
Kita ketandusan untuk mendapatkan kepimpinan yang boleh merancang untuk kepentingan rakyat dan negara dan mewariskan kepimpinan yang baik itu kepada pemimpin lain dan tidak perlu lagi masuk campur dengan urusan kepimpinan yang diwarisinya apabila beliau bersara dari politik nanti.
Untuk semuanya itu kita memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan yakin untuk hidup dalam persaraan tanpa gundah terhadap mereka yang mewarisi kepimpinannya selepas persaraannya nanti. Kita selama ini dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa fakir dan itulah sebabnya kita menyaksikan berbagai perkara buruk yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang berjiwa fakir ini.
Pendeknya Najib wajib bersara dan diganti dengan pemimpin yang tidak mempunyai peranan dalam kabinet yang telah memporak perandakan negara kita selama ini. Persaraan Najib itu dimestikan kerana kita rakyat Malaysia ingin juga merasakan yang kita mempunyai kepimpinan yang bersih dari ancaman persepsi buruk untuk kita banggakan diperingkat antarabangsa.
INI COMMON SENSE KAN
ReplyDeleteKALAU SUDAH KETUA NYA BUDAK BAHALOL , SUDAH PASTI ANAK ANAK BUAH NYA PON BUDAK BAHALOL JUGAK KAN
NAK BUAT APA TANGGUNG BUDAK BAHALOL KERJA BUAT TAIK SAJA PON
Bila Budak Bahalol nak BERHENTI ?????
Dah KIOK ke ?????
Kaedah yg terbaik adalah dgn menggulingkan UMNO/BN, itu shahja. ABU!
ReplyDeleteMuhjiddin jugak dipercayai seakan2 species seperti Najib yang lembik dalam segala2nya...
ReplyDelete