Kabinet dan polis mempunyai asas kewajaran sendiri untuk mengambil tindakan pihak yang mengancam keselamatan negara.
PETALING JAYA: Pihak luar diminta tidak mempergunakan rakyat untuk menanam persepsi buruk terhadap kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan kerajaan tidak akan tidak akan berdiam diri sekiranya wujud ancaman sebegini
“Saya sentiasa menyokong kerajaan mengambil tindakan kepada pihak luar atau sesiapa pun yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya kepada wartawan ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Mutiara Damansara.
Kenyataan itu merujuk kepada tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung operasi penerbitan akhbar The Edge.
Katanya sama ada wajar atau sebaliknya keputusan yang dibuat, biar polis dan kabinet tentukan.
“Kebebasan juga ada hadnya, dan sebagai negara Islam, kebebasan itu mestilah berpandukan Islam. Bukannya berfikir kebebasan mengikut pandangan sendiri,” ujarnya.
Jangan guna duit Rakyat tuk Aniaya Rakyat
ReplyDeleteSudah sudah lah jadi bacul
Bila tiba masa KIOK tak kemana jugak harta Rakyat yang di curi itu
bila la dia ni nak sedar.... yang mengancam keselamatan negara bukannya orang luar, tapi si najib dan orang orang umno yang bersekongkol merompak hasil negara dan menyalahgunakan kuasa menyebabkan negara kita ni terus di himpit dengan berbagai masalah yang akhirnya boleh menyebabkan malaysia ni terancam seperti kejatuhan wang ringgit, inflasi yang tinggi, penyalahgunaan wang tabung haji, kwsp, tabung amanah persaraan, amanah raya, dsb.....
ReplyDeleteRumah kata pergi, kubuq kata mari.. tak gak insaf2. Dh puas kekeyangan buta sebuta2 nya..
ReplyDeleteMelayu ni tak insaf insaf lagi ke ? Nak kaya dah kaya melalui tipu helah politik .
ReplyDeleteTak kenyang kenyang lagi ke ?
Nak tongkat dunia ke ? Sudah sudah lah pi urus bekal bila bertemu Malikal Mau nanti .
Games Over !