Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 24, 2015

Bai'ah: Akhirnya Ulamak UMNO ni bersuara.......

Bai’ah talak tiga PAS tidak tepati syarak – Fathul Bari
PUBLISHED: Jul 24, 2015 04:04pm
Demikian pandangan Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang mengulas isu 'Bai'ah Talak Tiga' PAS di Facebooknya yang turut memuat naik petikan Bai'ah yang dilakukan PAS. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 24 Julai:
Bai’ah talak tiga PAS bersifat Baiah Hajjajiyah yang tidak menepati bai’ah yang pernah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W yang tertegak atas dasar iman dan taqwa, bukan assabiyyah dan berkepentingan.
Demikian pandangan Pengerusi Jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya yang mengulas isu ‘Bai’ah Talak Tiga’ PAS di Facebooknya yang turut memuat naik petikan Baiah yang dilakukan PAS.
Petikan baiah PAS itu bermaksud: “Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallaahi Wabillahi Watallahi, sekiranya saya meninggalkan/melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka akan TERTALAKLAH isteri/isteri-isteri saya dengan TIGA TALAK. Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut adalah HARAM.”
Katanya, maksud bai’ah dari sudut istilah syarak adalah perjanjian yang dimeteraikan bertujuan untuk memberikan ketaatan (dalam hal yang ma’ruf), sepertimana seorang pemimpin dibai’ah oleh rakyatnya dengan tujuan pemimpin tersebut akan bertanggungjawab ke atas urusan rakyatnya dan kaum muslimin.
“Para ulama bersepakat bahawa bai’ah yang menepati syarak adalah bai’ah kepada Ulil Amri yang dilantik mengikut sistem yang diiktiraf Islam.
“Bai’ah yang dipraktiskan oleh PAS-JIKA BENAR- bukanlah bai’ah dari sudut istilah syarak, sebaliknya ia merupakan bai’ah dari sudut bahasa yang bermaksud ‘perjanjian atau aqad’ semata-mata,” ujarnya.
Terangnya lagi, ‘sumpah baiah’ yang menetapkan janji-janji tertentu seperti ‘jatuh talak’ dan lain- lain telah diasaskan oleh Hajjah bin Yusuof yang terkenal dengan kezaliman ketika dilantik menjadi Gabenor Iraq.
“Bai’ah tersebut digelar oleh para ulama sebagai ‘Bai’ah Hajjajiyyah’. Sememangnya baiah seperti ini menyelisihi Al-Quran dan Al Sunnah.
“Cuma persoalan yang perlu dirungkaikan adakah ‘Jatuh Talak’ atau tidak bagi sesiapa yang keluar PAS atau lompat ke parti lain?” soalnya.
Justeru Dr. Fathul merumuskan bahawa sesiapa yang berbai’ah berkonsepkan Bai’ah Hajjajiyyah-walaupun ia menyelisihi sunnah- contohnya ‘Jatuh Talak Isteri’ secara sedar memahami apa yang dilafazkan, tanpa paksaan, dengan kerelaan dan niat, maka apabila dia melanggar sumpah bai’ah tersebut dengan sengaja, jatuhlah talak ke atas isterinya.
“Cuma, ulama berbeza pendapat samada akan jatuh tiga talak sekiranya diniatkan jatuh tiga talak atau hanya satu talak sahaja
“Dinukilkan daripada sebahagian ulama mazhab Maliki, jatuh hanya satu talak. Manakala sebahagian yang lain menetapkan jatuh ketiga-tiga talak.
“Terdapat satu hadis yang diperselisihi statusnya, Nabi SAW bersabda:”Orang Islam itu (berpegang) dengan syarat-syarat (yang telah dipersetujui)” (riwayat Al-Tirmidzi,no:1352),” ujarnya.
Justeru katanya lagi, berkemungkinan di kalangan ahli PAS berpegang dengan hadis di atas untuk mengharuskan bentuk bai’ah seperti ini.
“Syarat ini ditetapkan ke atas sesiapa yang ingin bertanding atas tiket PAS. Jadi, jika tidak mahu terikat dengan syarat-syarat tersebut,maka janganlah bertanding atas tiket PAS, kemudian keluar atau lompat ke parti lain.
Justeru, beliau mempersoalkan status perkahwinan sebahagian ahli-ahli PAS yang telah berbai’ah namun kini meninggalkan PAS.
“Namun saya berpendapat, konsep sumpah bai’ah yang PAS gunakan, jika benar, sangat mirip dengan konsep Bai’ah Hajjajiyyah yang menetapkan kelaziman tertentu bagi sesiapa yang melanggarnya. Sesungguhnya keburukannya lebih besar daripada kebaikan,” terangnya. - sumber

8 comments:

  1. Yang ni saya setuju dgn UFB...

    ReplyDelete
  2. Maka ber balah lah bebudak ULARMAK BAHALOL dalam hal hal tiada nilai ekonomi

    Mereka pon tetap ber harap kehidupan ber landas Cukai Cukai KEJAYAAN Cina dan Cina DAP sehingga pencen

    Orang orang agama Melayu tu.

    ReplyDelete
  3. Tiada tgna..pas dah merapu kedana.

    ReplyDelete
  4. Sebelum lompat ka parti lain cerai kan isteri dgn talak satu.Lepas itu lompat parti.Jadi kamu ta ada istri utk di cerai dgn talak 3.Selepas lompat rujuk balik.Isteri pun ta tahu mereka telah di cerai.

    ReplyDelete
  5. Kerana KUASA & RINGGIT .. MANUSIA JADI HARU BIRU DENGAN KERACUNAN OTAK ..

    ReplyDelete
  6. PAS semakin merapu dan semkin jauh terpesong kerana bercampur2 fahaman tentang Islam yang diterima Allah...cara berpakaian kaum PAS pun sudah menggerunkan menggambarkan ala2 fahaman Syiah dan Wahabi...mereka ini seperti musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan...lama kelamaan Malaysia menjadi huru-hara kerana ramai yang menyangka bahawa mereka2 ini adalah alim ulama sebenar...na'uzubillah...

    ReplyDelete
  7. Abe

    Sekarang wujud percanggahan antara Timbalan MA dan SU MSU dalam isu baaih ini. Timbalan MA kata wujud, manakala SU MSU kata tak wujud. Sedangkan kedua mereka adalah dari kumpulan sama iaitu kumpulan ulamak UG PasChai. Macamana satu geng pun boleh berbeda-beda kenyataan.

    Baiaah ni adalah helah sehaja sebagaimana mereka melabelkan puak bukan ulamak dahulu dengan lebel sekjler, liberal, agen DAP, geng anwarinas dalam PAS dll. Sekarang mereka cuba menggunakan helah isu baaiah pula apabila menyedari bahawa hasil dari t8ndakan mereka menyingkir puak bukan ulamak ini, mereka akan kehilangan ADUN-ADUN dan MP-MP kepada GBH. Mereka baru tersedar kesilapan mereka me ghalau golongan bukan ulamak dari PAS akan menguntungkan GBH dimana GBH mendapat Adun-Adun dan Mp-MP percuma. Yang lebih membimbangkan mereka bahawa mereka berkemungkinan akan kehilangan kuasa di Kelantan jika cukup jumlah Adun-Adun PAS dalam DUN Kelantan menyertai GBH.

    Kita sudah tengok berkali-kali helah puak ulamak UG PasChai ini sepanjang 2 tahun ini terutama selepas kembalinya TGNA ke Rahmatullah. Mereka begitu ghairah melakukan helah2 tak cerdik yang diajar oleh kitab Mechiav3lli dari mengikut Al Quraan dan Sunnah. Kita tidak akan tertipu dengan helah mereka menjual ugama demi kedudukan dan jawatan dunia.

    ReplyDelete
  8. Sdr. bat8

    Di Kelantan Bai'ah ni benar dan memang diprakrikkan. Saya dapat pengesahan direct dari sahabat saya mantan Speaker, MP dan ADUN dan sekarang masih lagi memegang jawatan Ketua Kawasan (entah apa yang PAS panggil sekarang)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa