SURAT RAYUAN TERBUKA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TANGGA BATU KEPADA KEKANDA KAMI YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
-----------------------------------------------
بسم الله الرحمن الرحيم
YBhg Kekanda,
Rayuan bagi menyelesaikan kemelut Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sesi 2015-2017
Hampir dua bulan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia(DPPM) Kali ke 56 melabuhkan tirainya, selama itu jugalah Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka(DPPNM) telah digantung menerusi makluman melalui telefon oleh PSU 2 ketika itu, Saudara Khairul Faizi.
2.Sehingga hari ini, kami masih belum menerima surat rasmi penggantungan Mesyuarat Agung DPPNM sebagaimana yang dimaklumkan dalam perbualan telefon oleh Saudara Khairul Faizi bahawa surat tersebut akan menyusul selepas muktamar.
3.Keputusan penggantungan ini dibacakan oleh YBhg. Ustaz Kamal Ashaari, Pengerusi Tetap Pemuda PAS semasa berlangsungnya Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lantaran dari itu Jawatan Ketua Pemuda PAS Melaka, Saudara Sharuddin Reduan digantung dan tidak boleh mengundi serta menjadi Perwakilan.
Keputusan pengantungan tersebut juga melibatkan semua barisan Exco DPPNM yang dilantik ketika itu.
4. Akur dengan pengumuman tersebut, maka kami menerima keputusan yang diumumkan sambil menanti pengadilan kes DPPNM. setelah SEBULAN menunggu jawapan kepastian, kami masih tidak menerima sebarang surat pemakluman rasmi berkenaan penggantungan DPPNM. Oleh yang demikian, kami mengusulkan surat Memohon Maklumbalas Berkenaan Status Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka sesi 2015-2017 sebagaimana lampiran.
5. Sebagaimana lampiran, surat tersebut sudah diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung PAS serta Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat pada tanggal 3 Julai 2015. sehinggalah pada tanggal 23 Julai 2015, setelah kami muat naik surat tersebut di Facebook, barulah mendapat respon daripada Saudara Khairul Faizi memaklumkan isu tersebut akan diambil tindakan susulan dalam Mesyuarat Jabatan Setiausaha PAS Pusat yang dijadualkan 24 Julai 2015.
6. Sehingga hari ini, 28 Julai 2015, kami masih menunggu.
7. Bosan dengan sikap tidak serius ini, maka kami memohon jasa baik Kekanda, menggesa Jabatan Setiausaha PAS Pusat supaya bersungguh-sungguh menyelesaikan kemelut ini. Jangan biarkan kelemahan pengurusan mereka menganggu kelancaran perjalanan DPPNM khususnya serta DPPM umumnya.
9. . Akhir kata kami menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka kami kepada YBhg. Kekanda ini membebankan,dan kami memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata yang terlanjur atau menyinggung perasaan.
10. Sekian. Terima Kasih.
Viralkan hingga sampai kpd pihak berkenaan.
aku paling menyampah dgn perenggan akhir tu. knp nak mohon maaf pada org yg tak buat kerja?
ReplyDeletelaporkan aje pada ROS. kalau ada kabel pd kak ROS.
ALAAAA MASUK GHB JE LA
ReplyDeleteTAK PAYAH LA LAYAN PAS PIS POS TU LAGI
DIA NAK BERGABUNG DENGAN LABU SENGET TAK LAMA LAGI
MOVE ON PLEASEEEEEEE!!!! OPEN YOUR EYES N SEE
Yg satu macam itu yg satu macam ini
ReplyDeleteApalah nak jadi politik org kita? Sedih dan menakutkan masa depan bangsa dan agama.
Kak zak... Macam mana akak boleh bantu utk kurangkan ketakutan ini.. Cuba la bagi idea kat ularmak tuang president macam mana nak selesai isu ni kak.
DeleteApa yang susah sangat merayu rayu, bubarkan pas lama tukar kepada HARAPAN BARU. Dulu lainlah sekarang ada pilihan.
ReplyDeleteSebab tulah aku keluar PAS awal Syawal hari tu... depa main2 tak serius dalam usaha mendapatkan kuasa politik untuk mentadbir negara.
ReplyDeletemcm mana pas kawasan kota bermuktamar hari tu,perwakilan dari dewan pemuda kawasan kota dtg membuang undi,amacam,sah ke keputusan muktamar tu klu dewan pemuda pas negeri dah di gantung....dapat tak sesiapa beri penjelasan
ReplyDeletekah kah kah!
ReplyDeletepadan muka kau orang! orang macam ni kau orang lantik sebagai ketua pemuda. Lebih baik kau orang lantik harun din jadi ketua pemuda PAS. Sekurang-kurang boleh digunakan untuk menghalau hantu.
Sekurang-kurangnya dua tahun pemuda PAS akan berada di zaman gelap purbawara.
Kau lihat bertapa kerdilnya ketua pemuda PAS bila bergandingan dengan ketua pemuda UMNO, DAP, PKR. Bahkan aku rasa ketua pemuda parti bangsa Dayak serawak lebih smart dan cerdik dari ketua pemuda PAS.
Satu lagi mic n ppp yg bodoh tu lebih cerdik Dari kp Pas pis pus....ha ha ha.
DeleteAlaaaaa....buat laporan kat ROS aje laa...
ReplyDeleteBiar ROS kasi settle
buat apa nak pening2 kepala.....
Dalam PAS pun ada ramai jugak species ala Najib Tun Razak...
ReplyDeleteKalau di suruh cium bontot pun mereka sanggup demi pangkat atau jawatan...
ReplyDelete