Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

Nilai kata-kata antara Pembodek dan tidak berpihak.........

Penahanan Justo kait rapat jatuhkan PM?
SH - 20 Julai 2015

KUALA LUMPUR - Seandainya benar pertemuan ahli politik pembangkang dengan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, maka penganalisis politik menyifatkan ia sebagai petanda wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat pertemuan sulit antara beberapa individu dari Malaysia dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) itu dilihat sebagai satu konspirasi politik untuk menggulingkan kerajaan BN.
   
Laporan media sebelum ini menyebut pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Justo untuk membeli maklumat sulit daripadanya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia berkaitan dengan projek usahasama PetroSaudi dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (IMDB).
   
Justo, 49, ditahan oleh polis Thailand di pulau peranginan Koh Samui, pada 22 Jun lepas selepas PetroSaudi membuat laporan terhadapnya atas dakwaan memeras ugut bekas majikannya itu.
   
"Perkara ini dicetuskan berikutan ada kompromi orang dalaman dengan orang luar...namun peranan orang dalaman inilah yang sangat tidak bertanggungjawab, menjadi pencetus untuk menjatuhkan imej negara dengan pelbagai laporan skandal mengenai 1MDB," kata Zainal.

Menurutnya pihak luar dilihat mahu memburukkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia kerana cemburu dengan kejayaan negara dalam pelbagai bidang.
   
"Mereka tidak tahan dengan pelbagai pujian mengenai kejayaan Malaysia dan kali ini mahu pula mendedahkan kepada masyarakat umum betapa teruknya kerajaan," katanya.
   
Dalam pada itu, Prof Madya Dr Zaid Ahmad pula berpendapat selagi tiada bukti dan petunjuk yang jelas, senario itu boleh diandaikan sebagai perang saraf antara parti politik.
   
"Namun jika benar ada konspirasi, ia mesti disusuli dengan tindakan mendakwa mereka ini atas cubaan menjatuhkan kerajaan yang sah tanpa melalui cara demokrasi," katanya.
   
Bagaimanapun, katanya adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada pihak luar kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju negara ini. - Bernama

2 comments:

  1. Professor makan gaji buta mana ada kredibiliti

    Cakap cakap pon macam pemimpin PAS saja

    Pegi dahh !!!!!

    ReplyDelete
  2. Bkn ker prof ngong ni yg kata malaysia x penah dijajah.kalo slh tlg betulkan.
    Ni tahap jilat dah neh.
    Pengotor sungguh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa