Individu berkenaan termasuk antara 10 orang yang didakwa Justo membeli dokumen daripadanya.
PETALING JAYA: Bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo mendakwa 10 individu telah membeli dokumen daripadanya.
Selain orang media, ahli politik daripada parti yang mewakili kerajaan antara mereka yang terbabit.
Pengesahan itu diberikan jurucakap polis Thailand Lt Jen Prawuth Thavornsiri kepada akhbar The Straits Times yang kemudian dipetik The Star Online.
“Dia telah mengaku segala-galanya. Dia telah memberikan kita kerjasama yang sangat baik…setiap dokumen, walaupun dari dalam telefon bimbitnya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai 10 pihak berkenaan, Prawuth berkata salah seorang daripadanya adalah seorang wanita yang dilahirkan di Malaysia dan telah berpindah ke Britain.
“Beliau mempunyai blog berita,” katanya.
Ditanya sama ada blog itu adalah laman Sarawak Report, beliau tidak mengiyakan atau menafikan sebaliknya memberi klu bahawa blog berkenaan berperanan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Lt Jen Prawuth berkata Justo bertemu wanita yang dilahirkan di Malaysia selama tiga kali di Thailand, dan juga di Singapura, untuk ‘rundingan’.
Lawak Benny Hill gaya Malaysia akan muncul....
ReplyDelete