Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 17, 2015

PM hanya merenung wartawan berkenaan dan diam

PM tidak menjawab soalan media berkaitan 1MDB
mk - 3:42PM - 17 Jul 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini tidak menjawab soalan media mengenai dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk tujuan pilihan raya umum.

Ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya di Putrajaya, beliau tidak mahu menjawab soalan berhubung dengan 1MDB.

Beliau diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang 1MDB itu dikesan masuk ke dalam dua akaun simpanan AmBank di bawah namanya. Akaun-akaun itu telah pun ditutup.

Najib hanya merenung wartawan berkenaan dan diam.
Sebelum ini, perdana menteri telah menafi mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi tidak secara khusus menjawab sama ada wang itu telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri rumah terbuka itu, juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Jangan tanya soalan," katanya, sambil melambai ke arah pemberita.

Sebuah pasukan petugas khas untuk dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri, juga membisu mengenai dakwaan RM2 juta dalam bentuk wang tunai yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya awal tahun ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta beliau mendedahkan sumber wang itu dan tujuannya.

Malaysiakini tidak dibenarkan masuk ke Seri Perdana untuk membuat liputan rumah terbuka Najib.

Wartawan berkenaan terpaksa beratur dengan orang ramai untuk bersalam dengan Najib dan isterinya di lobi kediamannya. Soalan-soalan itu diajukan kepada mereka di sana.

2 comments:

  1. MAT BAHALOL SUDAH KENA BON BON KE????

    Ada Magik.....

    Syawal semua hantu hantu sudah bebas kan.

    ReplyDelete
  2. Mamat ni dah kena nasi kangkang Rosmah...dah macam nyanyok...x tahu nak cakap apa2 lagi...layak letak jawatan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa